Semasa melahirkan Asyraf, aku menggunakan Epidural sebab tak tahan sakit, lebih lebih lagi kena VE. Rasa nak menyepak je muka doktor setiap kali VE. Setiap kali contration datang, ia mencengkam habis urat urat pinggang, macam nak patah pinggang dibuatnya. Baring tak kena, mengiring tak kena, duduk tak kena serba serbi tak kena.
Mula-mula, nurse dah offer Epidural tapi aku rasa taknak sebab rata-rata ramai yang cakap banyak keburukkan dari kebaikan.
antaranya
1. Side effect
- Sakit pinggang.
- Sakit kepala.
- Mengigil.
2. Tidak rasa kuncupan rahim (contraction). Tidak merasa kesakitan bersalin normal.
3. Bersalin menggunakan bantuan
- Forcep.
- Vacuum.
Tapi selepas beberapa jam meneran kesakitan, dan kesakitan semasa VE sedalam mungkin sebab rahim jauh kedalam. Aku mengambil keputusan amik Epidural. Itu pun muka korie macam kecewa sikit.
Masa di labour room, aku baca sepantas kilat pasal epidural, sign form, tanya harga (sebab aku masuk labour waktu perayaan Christmas, takut jugak cecah beribu) mujur tak mahal sangat, takut jugak double price untuk pakar bius. Dalam kes aku harga ialah lingkungan 7 ratus lebih. Selepas suntikan terasa lega dan selesa bila VE, rasa sakit pun hilang dengan serta merta.
Kenapa Epidural Mahal?, rata-rata harga mengambil epidural ialah 600 ratus keatas. Mahal sebab ia dilakukan oled pakar bius (Anesthesiologist) bukan nurse biasa yang sudah dimaklumkan terlatih dalam ubat ubat bius. Kebanyakan complikasi seperti sakit pinggang atau side effect yang lain terjadi pabila injection epidural tersalah space. Untuk mengelakkan berlaku, sila patuhi segala process pembius Epidural, tak lama kejub je dalam 5 minit dah selesai semua.
Rata-rata orang bila amik epidural mereka akan menggunakan kaedah Forcep atau Vacuum, ini kerana tiada rasa sakit ketika kuncupan rahim berlaku dan tiada rasa untuk meneran ditambah pula sudah tidak bertenanga. Sekiranya itu berlaku, jangan risau staff staff nurse akan memberitahu semasa contraction berlaku. Yang penting ibu kenalah ada tenaga, makan secukupnya jangan tak makan pulak. Dalam sakit sakit contraction sebelum bersalin, sempat jugak rembat sandwich sebanyak mungkin, selera tetap selera, walaupun dalam keadaan sakit. Alhamdulliah semasa kelahiran Asyraf tiada juga Forcep atau Vacuum.
Selain Epidural, Gas Entonox jugak dapat menghilangkan rasa kesakitan. Kaedah ini memerlukan ibu menyedut gas ini sebelum sakit datang. Selain pengurangan sakit yang tidak begitu kuat (50%), tetapi ramai ibu tidak dapat menggunakan cara ini dengan betul menjadikannya kurang berkesan.
Apa pun, terpulang pada setiap wanita samada Epidural atau tidak. Lain orang lain sakitnya ketika kelahiran bayi, ada orang boleh tahan ada orang tidak.
No comments:
Post a Comment