March 4, 2012

Masuk Bulan March

Pejam mata dah nak masuk bulan March. Lama sungguh tak berupdate blog, dan agak ketinggalkan untuk catch up blogger lain jugak. Ini kerana tuntutan kerja dan harian yang telah memenuhi sewaktu dengannya.

Ini pun tulis draft dlu, baru update ke blog.

Awal tahun sesi pindah rumah telah mengambil masa sebulan dua, kemas-packing-pindah-unpacking-kemas. Nampak dan bercakap memang senang, tapi alaminya gila penat. Lebih-lebih anak kecil. Perlu bahagi badan; untuk kerja rumah, suami dan anak. Ditambah pulak dengan workload kerja yang pada tahap critical lagi la penat seluruh badan dan ditambah jugak korie yang kerja tak henti akibat daripada reservation dan party yang fully booked dari akhir tahun sampai Chinese New Year.

Bukan senang nak jadi senang, dan bukan senang nak jadi susah. Eh macam tak masuk tajuk pulak.

Bukan senang untuk jadi suri rumah. Kalau time bujang terus Brunch. Sekarang pagi buat sarapan-laundry-lunch-laundry-housework-dinner. Malam lepas dinner baru dapat rehat. Sejak menjak Asyraf boleh makan macam orang tua makan, maka dengan itu terasa seronok jugak nak prepare breakfast yang ala ala special.Selalunya buat american breakfast je. Nanti kite share-share resipe breakfast di blog wink~.

Penat macamana pun aku tak pernah merungut mahupun menyesal malah kalau boleh nak buat yang terbaik.Nak tgk meja makan tersusun, lantai tak kotor, tv cabinet tak berabuk. Selalunya korie memahami bini dia banyak buat tugas sana sini. Selalu dia belanja starbuck, belanja macam dessert. Walaupun sesetengah orang rasa ala perkara kecil je, tapi hati ikhlas belanja isteri tu amat dihargai :D.

Orang cakap bila dah ada nie payah nak gerak kaki, payah nak kemana-mana, payah itu ini. Tapi soklan aku rasa nak tanya pada orang tuer, kau nak anak kan? kalau nak, takperlu salahkan anak sebab kau payah nak gerak kaki, payah nak buat itu ini, pampers mahal, susu mahal sebab tu takleh bercuti. Aku tak rasa payah sangat, boleh je aku ngan korie redah Public Holiday naik Genting beratur berjam-jam tunggu turn cable car, boleh je bawak pergi tasik bagi ikan makan roti, boleh je makan diluar kadang-kadang terasa makin kerap je makan luar. Boleh je aku keluar berdua ngan anak pergi grocery shopping, boleh je aku keluar lepak shooping mall ngan member member bersama bayi tanpa korie tag along, boleh jugak kitaorang pergi bercuti. CUMA, aku limited untuk lepak tempat yang crowded ramai smoking, tempat yang panas berpeluh. Kita orang dewasa berpeluh pun tak selesa apatah bayi!.


Terlebih emotional pulak untuk perenggan terakhir :D.

No comments: