Sebelum pregnent, aku nak sangat anak pertama ialah Lelaki. Bila disahkan mengandung, symtom symtom menunjukkan aku pregnent anak lelaki amatlah tinggi, tapi jangan excited sangat nanti kecewa kemudian hari.
Aku disahkan pregnent bukanlah kategory bunting pelamin, atau kategory "wah dah pregnent, cepat gile". Aku pregnent selepas 6 bulan mendirikan rumah tangga, itu pun dalam keadaan berbelah bagi perasaan samada pregnent atau career. Bila perasaan tak menentu, aku ambil keputusan berdoa sekiranya yang terbaik untukku ialah anak, kurniakan aku anak, dan sekiranya baikku ialah career kurniakan aku career yang bagus. Selepas 2 minggu, aku buat test kit sah aku pregnent. Oleh itu, mentali preparation hanya bertumpu kepada anak yang bakal dilahir. Duit boleh dicari, sebab setiap kelahir ada rezeki dariNya.
Masuk fasa ke-2 pregnency, buat ultrasound untuk menentukan jantina. Doktor cakap anak lelaki, perasaan gembira sungguh tak terkata. Hajat tercapai! tapi dalam itu risau jugak kot kot keluar anak perempuan. Jangan memain kuasa tuhan apa pun boleh terjadi.
Anak lelaki atau anak perempuan, orang cakap kita boleh berusaha untuk mendapatkan jantina yang kita nak, tapi jangan dilupakan kita merancang Dia menentukan jua.
Disini aku nak share sedikit info :
Amalan Pemakanan Isteri sebelum bersama
1. Madu lebah (utk energy dan kesihatan dalaman)
2. Minum susu dan mengambil buah badam sebagai sajian ringan
3. Amalkan minum sup ayam dan makanan berempah
3. Minuman berhalia juga bagus (suami juga – utk kepekatan air mani)
Komen aku,
Kalau tanya pada aku, seriously aku tak amalkan. Tapi yang aku amal No.3. Selepas berkahwin, kami lebih kepada masuk dapur dari makan luar. Balik kerja masak, cuti sabtu ahad masak. Jarang sungguh makan diluar. Bukan Korie je masak, aku pun tetap menyumbang tenaga didapur, sekiranya dia kerja aku yang masuk dapur masak. Duduk 2 orang pun masak? Yer duduk 2 orang pun kitaorang masak. Dari Breakfast, lunch dan dinner memang masakan dari dapur kami. Masakan kami selalu nya bersoup dan bergoreng pun ada, tapi halia tetap ada. Contoh Sop ayam letak halia jugak, ayam masak kicap berhalia, kari pun letak sedikit halia. Mungkin disini aku lebih mengatakan, masakan dari rumah lebeh menjamin kesihatan dalaman (yer la sebab kita masak sendiri kan) daripada tapau atau makan diluar.
Anak Perempuan :
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi perempuan.
2.Bersama suami pada waktu subur isteri (antara hari kesebelas hingga
hari kesembilan belas dr kiraan hari pertama datangnya haid) Kenapa dlm
waktu subur isteri sahaja? Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia
sentiasa banyak dan subur walhal isteri kebiasaannya bergantung pada
mood. Hanya dalam waktu subur ni saja, hormon isteri lain macam sikit.
That’s why susah nak dapat baby perempuan ni.. tapi majoriti pasangan
baru berkahwin, potensi dapat anak perempuan tinggi.
3. Suami melepaskan/merembeskan hanya 50% air maninya di dalam rahim
isteri dan bakinya dipangkal rahim (Tujuan : mengizinkan hanya sedikit
sahaja sperm kedalam rahim isteri supaya gen XY dpt diseimbangkan;
Suami membawa XY, isteri membawa gen X – so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kiri (sekiranya membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu)
5. Berdoa.
Anak Lelaki:
1. Berdoa sebelum bersama dgn niat usaha utk mendapatkan bayi lelaki
2. Bersama suami pada waktu tidak subur isteri (antara hari dua puluh
satu hingga hari kedua puluh lapan /hari sebelum period dr kiraan hari
pertama selepas waktu subur) Kenapa dlm waktu tidak subur isteri sahaja?
Sbb suami ni aktif 24 jam, so sperma dia sentiasa banyak dan gen X/Y
yg perlu dikumpulkan perlu lebih sedikit pada waktu ini. Hanya dalam
waktu tidak subur ini saja, hormon
suami perlu lebih aktif dr isteri. Agak susah nak dapatkan bayi lelaki
tapi depends gak.. (kebanyakan pasangan baru berkahwin selalu dapat bayi
perempuan sbb first time bagi si isteri melalui ‘gitu-gitu’ so excited
terlebih sikit… tapi kalau merancang, memang mudah dapat bayi lelaki)
3. Suami melepaskan/merembeskan 100% air maninya di dalam rahim isteri dan sedalam mungkin
(Tujuan : mengizinkan kesemua sperma disalurkan kedalam rahim isteri
supaya gen XX lebih banyak dr XY; Suami membawa XY, isteri membawa gen X
– so penentu jantina bayi adalah dr sperma suami)
4. Selepas bersama, amalkan tidur beralih ke kanan (sekiranya
membelakangkan suami, minta izin terlebih dahulu takpun cuba ubah tempat
tidur supaya tidak membelakangi suami tapi masih dlm keadaan beralih
ke kanan)
5. Berdoa.
No comments:
Post a Comment