February 12, 2009

Petaling Street.

Last aku ke Petaling street nie ialah tahun lepas, tu pn nak makan laksa, kononnye laksa kat situ paling shadap. Eii...bagi aku tak sedap langsung adalah, nak terjeluak balik. Mana tak nya tengah tengah ko makan tetiba kak ti, mak ti, tok ti dan macam macam termasuk sedara mara die (lipas, cicak....) lalu, bawah, hujung longkang la, atas wire la, atas almari la. OMG! jijik. Memang patut orang cakap paling shadap. Aku taknak wat review pasal stall laksa nieh, tp kalo korang dengar dengar laksa Petaling Street tlg la jgn ke sana. Tu kalo korang tak kisah keadaan sekeliling .

Ikutkan cte, Petaling Street nie ialah tempat nak cari barang barang freak yang berjenama. LV ada, Gucci ada, Prada ada, Levis ada, Roxy ada, Replay ada, Nike ada. Bak kate pepatah pakcik-iklan-astro "macam macam ada". Tapi ada perkara yang buat aku taknak kesana lagi dah. Kalau boleh nak elak. Antara kes kes aku dan Petaling Street.

Kes 1 : kes jumpe artis.
Bukan setakat orang biasa je yang shopping kat Petaling Street, tapi Pelakon pun shopping kat situ. Aku pernah jumpe AC Mizal dan isteri die shopping kat situ. Tak lupe anak dato/datuk pn shopping barang branded kat situ gak.

Kes 2 : kes kena maki.
Aku pernah pergi ber2 ke situ, bukan dengan laki tapi ngan mekju. Kalau ingat kembali aku bersyukur sangat aku ngan die selamat kuar dari situ. Sebab ada kejadian yang kiteorang pernah tawar harga tapi kena maki. Hoooo ngeri.

Kes 3 : - kes makan
Aku kesana nak makan laksa, tapi keadaan yang kotor dan jijik, tak sangka gerai tu pn orang cakap laksa paling sedap di KL. Lepas makan tuer, elok je aku nak kuar dari Petaling Street ada pelancong kena pukul ngan peniaga. Gile gile gile

Kes 4 : kes kena ugut
Kes ini dimana aku cakap aku takkan ke sana dah. Kes kena sound tangkap gambar. Masa nie aku tengah join yang lain, manakala si korie tu tengah tangkap gambar lantern yang sangkut sempena Tahun Baru Cina, tetiba aku tengok hairan lama gile dak lelaki cina cakap ngan die. Aku kesana nak tau gak apa bende yang dieorg sembang. Rupenye dak laki cina tu ugut nak tengok apa yang korie tangkap. Dengan hati yang marah ditambah plak ada hati nak maki balik. Apa yang aku leh buat ialah suruh korie delete sumua gambar di Petaling Street untuk menyelamatkan sume orang kuar dengan selamat dari Petalign Street. Hoooo..cuak gak time tuer. Yela dah kena sound sume. Takde la kuat dieorang sound, mmg slow. Sejak itu baru aku tau Petaling Street nie tempat samseng.

Kteorang bernasib baik, camera tak kena rampas. Tapi diingatkan jangan sesekali shoot gambar di Petaling Street. Sebenarnya dah banyak kes dah pasal camera nieh.

Pada masa yang sama aku google gak kes kes di Petaling Street nie. Ada kes yang kena paw, tak beli dvd tapi kena bayar rm400 kalo tak bayar kena pukul. Ada kes kena sound ngan makcik sbb tangkap gambar dalam Petaling Street. Ngeri lah. Pada sesapa yang ke sana baik pikir dlu. Dan pada yang melayu tu tak usah pergi kalau takde kawan cine ikut sekali. Aku sendiri pun elok elok lepas je. Tu pn puas aku explain yang kteorang bukan reporter.








3 comments:

xeea said...

aku dari dulu tak pernah jejak petaling street nih. abah aku tak bagi. cfu lagik la. haram nak bagi.

bile ko dah cerita mcm ni, tau lah aku kenapa dorang beiye ak bagi aku masuk sane. huuu

Momoe said...

Xeea : Mule mule aku tak tau gak tempat tu samseng, tapi sejak kena sound sbb tawar menawar tu, aku pelik la. Peniaga ke aper, pastu kena kes tangkap gambar tuer, baru aku start cari kes kes PS, barulah aku tau PS nie bahaya, ramai kawan cine aku ckp aku beranai g melayu saja. padahal tu lubuk cine. Cine pn takut nak g.

zach said...

yaa.....anda bernasib baik bila ada rakan2 berbangsa melayu yang tau cakap cina