October 14, 2009

Mwiow .mmiow...aiman

Aiman hilang 3 hari, sesi mencari die kawasan sekitar pun tak dijumpai. Ahad pagi tengok tengok die dah berada di muka pintu. Lemah amat, dengan kurus kering.

Setelah mandi, kasi makan kasi minum, aiman masih jugak lembik, tak active langsung. Suara lagi la tak bunyi. Jadi petang tu, tekat jugak bawak g jumpe vet kang tak pasal pasal die pengsan tak bangun terus.

Banyak vet klinik tak bukak time ahad, hanya vet kat Jalan Ipoh je bukak time ahad. Ok je la, asalkan si aiman dapat dirawat sudah. Aiman dimasukkan air, disuntik dengan jarum dan jugak ada blood test. Aku tgk macam manusia plak si aiman nie kena rawat. Nak tak nak, Aiman kena admit to wad malam tu jugak, senang dieorg nak monitor.

Setelah 3 hari 2 malam aiman disana, selasa pagi Aiman dah discharge dengan selamat. Badan pun sihat, gemuk skit. Tapi kenalah makan ubat, doktor kasi ubat pil tahan sakit, antibotik, vitamin dan pil asid aper ntah. Total cost perubatan Aiman ialah RM 370.00, hahaha pengsan sekejub. Patut la doktor suruh letak deposit 300.00 masa Aiman kena admit malam tu. Jadi ada sesapa tak jual insuran medical hospitalisation bagi haiwan ? aku nak beli. Hhahaha. Sangkar lebeh besar pun sudah dibeli. Aiman! masuk dalam sangkar, kali nie takde rounder rounder sekitar ye, duduk lah dalam rumah baru engko.

2 comments:

Hantu Ulam said...

mak aih..mahal dr ubat2 kite..hoho

Momoe said...

Ulam : Wuakakak, nie yang buat korie malas nak jual die nieh.