October 28, 2009

Renjis Renjis - 3. Mas Kahwin dan Wang Hantaran

Mas Kahwin dan Wang Hantaran.

Mula-mula amat confuse sekali untuk bezakan mas kahwin dan wang hantaran. Pada zaman sekerang nie, jarang orang nak tanya mas kahwin ko berapa eh?. Kebanyakan berlumba lumba untuk mendapatkan wang hantaran tinggi. Lebih lebih ibu bapa yang masuk campur dalam hal hal wang hantaran ini.

Mas kahwin ialah sebentuk wang atau emas yang diberikan kepada perempuan dari lelaki dan mas kahwin hukumnya wajid diberi kepada si perempuan. Manakala wang hantaran adalah pemberian wang dari lelaki kepada perempuan bagi membantu atau menolong si perempuan dalam pembelanjaan majlis perkhawinan dan hukumnya harus (correct me, kalau mana mana silap hukum-hukum). Tapi ibu dan bapa haruslah berpada pada dalam menetapkan wang hantaran supaya si lelaki tidak menanggung beban yang teruk dan jugak tidak menyulitkan hal hal perkahwinan ini.



2 comments:

Unknown said...

tp skrg yang dipentingkan = wang hantaran
masa discussion time tunang pun, benda yang lebih dibincangkan adalah hal duit hantaran

nak baut camne
nak buat keje kawin byk pakai duit

Momoe said...

Yerp khawin memang nak pakai duit yang banyak. saya pun tengah melalui sekarang.

Ada jugak certain ibu bapa yang meletakkan wang hantaran sbb nak majlis yang grand. Tapi ini terpulang pada setiap individu cara menilai wang hantaran tersebut