December 11, 2009

Ku lihat, ku perhati, ku pikir

Bila aku duduk di meja kosong bertemankan sisa sisa makanan dalam kertas tertulis Mc Chicken, dan saki baki air
Coke dalam cawan kertas Mc D, sambil menunggu Alis yang tengah beratur panjang di kaunter Mc D. Kelihatan table di Mc D penuh, sampai kena tumpang meja luar, amat leceh dalam keadaan crowded. Begitu lah keadaan waktu lunch di Sogo.

tetiba tiba aku di sapa oleh

"Cik, sila bantu orang buta cik, kerjasama cik amat dihargai semoga murah rezeki". Kelihatan tisu jenama tesco,
guardian, carrefour di tangan orang buta tuer. Tp cakap pelat Indon pn ada. ditambah pulak fizikal kuku tangan yang panjang lebeh dari 1cm pun ada. Euwww...tgk pn geli.

Tangan aku, dan kepala aku geleng tanda taknak. Say No. Bukan niat taknak tolong tapi, duit tu bukan dapat kat orang buta itu pun. Nak nak bende nie pernah masuk Majalah 3 atau 999. Sindeket nie mampu memberi gaji kepada orang indonesia untuk membawa orang orang buta ke kawasan ramai, meminta belas kasihan orang. Erti kata kasar, meminta sedekah.

Bayangkan kalau satu restaurant atau food court ada 40 table, setiap table memberi RM1.00 40 table? rm40.00. Modal tisu tak sampai RM1.00 satu. Bukan aku berkira pasal RM1.00, tp as i said, berapa la orang buta tu dapat? dari hasil keuntungan itu. Tapi aku kesihan sangat pada warga orang buta, kekadang muka dieorg kelihatan dieorg letih kehulur kehilir, mungkin mereka ingin berkata jangan derma, tapi tak terkata. Who knows?


Itu cerita warga tua. Dan ini cerita lain.....

Kelmarin, sedang chit chat sambil menyuap nasi ayam di Medan Mara bersama Alis, datang seorang memberi salam. "assalamualaikum beli kismis tuk derma sekolah." dari belakang aku. Rupe-rupenye seorang budak sekolah agama, lengkap berpakaian serba putih, maybe seragam sekolah bersama songkok dikepala, ditangan dipegang kotak besar dengan isi dalamnye beberapa kotak kismis. Erti kata lain, meminta derma untuk sekolah dengan menjual kismis. Tapi kenapa budak sekolah?

Alis "Adik sekolah agama swasta persendirian ke atau kerajaan punya?"
adik "Persendiran"
Alis "Di mana?"
adik senyap seribu bahasa
Alis "Cakap kat cikgu, ustaz, ustazah, kakak pesan bukan ini caranya untuk meminta derma untuk sekolah, sambil mengeluarkan 2.00 untuk membeli kismis itu"

Kesihankan budak budak disuruh kehulur kehilir,jual buku yasin, buku doa, kismis untuk mendapatkan duit untuk sekolah. Dunia kanak kanak bukan begini caranya. Dunia mereka lain, bersama dengan kanak kanak lain, bermain, membaca dan etc. Nak nak pada masa ini, cuti sekolah. Bersama ibu bapa, kakak abang adik di rumah atau bercuti diluar. Bukan berada di kaki lima mendekati orang untuk meminta derma.

Sekiranya sekolah ingin meminta bantuan, para guru atau guru besar haruslah turun padang, bukan mempergunakan anak murid kehulur kehilir meminta membawa barang untuk dijual. Itu bukan tugas mereka mencari duit untuk sekolah. Ibu bapa yang menghantar anak anak ke sekolah pondok atau sekolah agama harus alert pergerakkan anak anak, walaupun anak anak berada diasrama. Bukan ingin menyatakan sekolah agama atau pondok ini tak elok, tak semuanya buruk. Tapi kite takleh bergantung sepenuhnye kepada guru, kte harus jugak mengetahui atau monitor keadaan sekolah atau activiti sekolah.

Nak bantu tak bantu pun serba salah dibuatnya. Adakah biro atau pertubuhan yang alert tentang isu ini? Tepuk dada tanya selara.

No comments: