June 9, 2011

Demand and Supply

Demand bermaksud permintaan.
Supply bermaksud membekal.

Demand and supply merupakan salah satu konsep breastfeeding yang amat penting, kerana bila baby direct breastfeeding otak akan memberi signal supaya kilang susu mammy mengproducekan susu untuk baby. Secara am nya selagi ada permintaan selagi tu la ada bekalan.

Kenapa sesetengah mammy mengatakan bekalan susu tidak ada?
1. Tiada kepercayaan yang mammy boleh menghasilkan susu. Harus ada keyakinan. Size bukan penentu.
2. Malas; ketiadaan masa untuk pump susu sewaktu bekerja. Kalau kita boleh spend time untuk chatting, berFB, lunch selama 2 jam, atau blog hopping Apasalahnya spend time untuk pump susu yang hanya take time 15-25 minut, 2 atau 3 kali sehari.

Bila mummy mula kurangkan demand pada kilang susu, maka otak automatik jugak memberi signal supaya mengurangkan bekalan susu. Lama kelamaan susu berkurang dan susu kering. Oleh itu, mummy haruslah keep on demand pada kilang susu. Sekiranya baby kurang latching atau tidak mahu latching, kerapkan pump susu walaupun hasil susu pump hanya 2 atau 3oz.

Quantity susu pump dan baby direct breastfeeding ialah tidak sama. Jangan sesekali terpedaya dengan quantity yang terhasil dari sesi pump. Harus ingat hisapan baby lebih kuat dari pump. Oleh itu tidak mengapa kalau hasilnya hanya 2 atau 3oz, percayalah lama kelamaan akan bertambah.

Dan kepada mammy yang berhenti breastfeeding tapi ingin bermula semula, tapi kuatir. Tidak mengapa, re-latching akan simulate pengeluaran susu. Hati harus cekal dan tidak mudah putus asa, lama kelamanya akan mahir dalam breastfeeding.