July 21, 2011

Solid Food.

Asyraf makan pepejal bermula 2 minggu sebelum usia genap 6 bulan. Nie gara-gara Anggun suruh Asyraf panjing mama dia kasi makan pepejal cet! Dengan itu semangat la bebenor mama pergi beli blander baby food sampaikan 2 biji kedai gara-gara ayah baby yang tak puas hati dengan blander baby food. Bukan itu sahaja, ayah baby pergi grocery shopping belikan Avacado, Carrot, Brocoli, sweet potato.


Dengan itu, aku amat teruja sekali membuat baby food. 1st time trial ialah potato + susu ibu. Ok layan. Ada sekali tu aku buat 3 perasa sekali harung, brocoli, kismis dan susu ibu Asyraf layan sampai 2oz. Tapi kalau duduk nursery carrot, brocoli taklayan, hanya layan bubur + kismis. Sampaikan teacher dia cakap taknak makan langsung kalau brocoli dan carrot. Korie pun suruh aku sediakan bubur nasi dan kismis je bila bawak pergi nursery, tak muak ke anakku aku asyik menu yang sama je setiap hari.


Kalau dirumah, Asyraf jarang sangat nak makan solid food. setiap sesi hanya makan 1oz itu pun sehari 3 sesi; pagi, tengahari dan malam. Kalau di nursery 2oz untuk 4 bekas tambah dengan susu 4oz 4 botol. Semangat tol anak aku makan dan minum, aku suspect ini mesti tengok geng dia makan dia pun selera makan.


Last week pergi jumpa paed kes tetiba demam suhu pun dah sampai 38C. Berat hanya 7.5kg dan tinggi 64cm. Rindu plak kitaorang time dia tembam tembam, badan semangat bila hug hug. Nie macam dah kurus. Alahai~.




No comments: