November 7, 2011

Dan sebenarnya.

Sesetengah orang sanggup berlakon dihadapan orang semata-mata nak "in" dalam sesuatu topik atau keadaaan sekeliling. Kalau tak minat, kalau tak tau hujung pangkal haruskah kita berpura-pura untuk minat jugak?. Takut orang pandang rendah? takut hilang kawan? atau tak yakin dengan diri sendiri?

Bagi yang suka menjadi pretender ini, mereka sebenarnya takut pada bayang-bayang sendiri. kurang keyakinan dan jugak takut yang mereka berada dibawah dan dipandang rendah oleh orang sekeliling. Maka, dengan itu drama haruslah dilakukan, tapi selalunya kantoi di tengah jalan, amatlah memalukan. Betul tak?

Pretender jugak mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Contoh gaji orang. Bila dapat tahu berapa gaji orang, mulalah jealous tak tentu pasal, serba serbi tak kena. Tapi untuk memperlihatkan diri sendiri bagus, haruslah mencari sesuatu yang boleh up kan diri sendiri, contoh nak beli rumah setengah juta, kecoh sana sini "aku nak beli rumah, aku nak beli rumah", apsal simpanan kau dah sampai 30k ke der? padahal gaji pun tak semegah mana, beza 2, 3 rat je ngan fresh grad. Orang ada duit beli je tak perlu kecoh kecoh, takde duit senyap senyap sudah. Kalau tercapai takpe jugak, kalau tak tercapai tak rasa malu ke?

Lagi satu perangai pretender ialah ingin memberitahu semua orang bahawa hanya dia mempunyai standard, orang lain takde! Padahal takde la standard mana. Pakai seluar yang murah jugak, pergi makan tempat murah jugak, Starbuck, New Zealand, Gelato itu nak kongsi. Bila keluar terlebih sikit, mengharap pula pulangan kemudian hari dari orang.

Orang begini jugak tidak lupa menggunakan ayat-ayat Al Quran, walaupun aku jahil dari segi agama, sembahyang pun ronggak tapi tak semestinya aku tak reti bezakan antara ayat cover line ke tak. Perlukah memberitahu orang yang kite bayar zakat itu ini, duit gaji berkat tak berkat, sembahyang terima atau tidak. Bagi aku senang sahaja, itu adalah hak kau aku taknak amik tahu dan aku pun tak perlu bagitau apa amalan aku terhadap Tuhan. Ini tidak, untuk memperlihatkan diri sendiri pun bagus dari orang lain dalam segi Agama, maka harus tunjuk bahawa setiap perbuatan yang dilakukan sebenarnya untuk Tuhan. So maybe orang akan cakap seburuk-buruk perwatakan baik budak ni. Padahal.....orang lain kutuk balik, cet benggap sungguh la, menggunakan duit OT yang terlebeh claim untuk membayar zakat. Asalnya dah tahu tidak boleh claim sekiranya tak mencapai piawaian policy company, tapi tetap claim sampai maximum limit, sini dah terselah kesalahan amanah. Lepas itu, memberitahu tahu semua orang yang duit claim bayar zakat. Konon-konon untuk memberitahu orang yang dia membuat baik, dan duit dia berkat. Duit tipu untuk bayar zakat, Lu pikir lah sendiri. Tolonglah jangan guna agama sebagai cover diri anda!

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Sepandai-pandai cover line, tapi pekung didada sudah terbuka, orang lain nampak, dan tahu sebenarnya tiada apa-apa. Macam indah khabar dari rupa, tidak perlu mengupkan diri sendiri hanya untuk memenangi segala-galanya. Renung-renungkan selamat beramal.

No comments: