April 26, 2012

KL Bird Park

Unplan trip ke KL Bird Park. Suppose nak pergi ke Zoo Negara tapi tersidai pulak ke KL Bird Park disebabkan masa yang suntuk.Untuk ke Zoo haruslah awal pagi meredah ke Zoo sebab Zoo luas separuh hari mungkin tak cukup. Bird Park tak luas sangat cukuplah dengan masa separuh hari.

Tiket untuk masuk ke Bird Park amatlah Mahal? hahaha bagi aku mahal la jugak 25.00 hengget untuk pemegang Mykad, kanak kanak bawah 2 tahun FOC. Jangan complaint tiket mahal ye, haruslah diingatkan maintenance untuk birdie birdies dalam park itu jugak, dengan duit tiket yang mahal tu ye untuk kasi birdie makan, basuh berak ke, injection ke, training birdie ke memacamlah

Hornbill Restaurant terletak bersebelahan atau specific lagi dalam Bird Park. Menu makan yang disediakan ada local dan ada western, sambal belacan takde ye, ahakz. Sambil sambil tu boleh la menjamu mata atau bermain dengan birdie yang merayap die sekitar restaurant bolehlah menikmati hidangan di bahagian luar, yang mana rasa panas bahagian berhawa dingin pun disediakan, harga makanan average 15.00++ keatas.


Macam - macam burung ada disini, tak ternama aku nak list down satu satu jenis. Yang aku kenal burung murai, apa? burung murai...apa? burung murailahh ahahha (lawak sengal :D). Burung helang ada, tapi dalam sangkar la, spesis ini tak boleh dibiarkan bebas, nahas pengunjung kang!, burung lain boleh berterbang, berlarian bebas dalam bird park serious. Contoh : Merak!, dan.....dan....dan......erkkkk itu je aku kenal ahakz.




Selain berkeliaran dalam Bird Park ni, boleh jugak try kasi makan, hanya RM 2.00 untuk semangkuk kecil kasi makan burung kakak tua...erk ntah betul ke tak aku taram je. ahaha.


Setiap hari pukul 4.30 akan ada show birdie. Ada burung helang buat aksi gymnastik!, ada itik pulang petang ahaks, ada burung kakak tua naikan bendera, dan macam macam. Show ini hanya berlangsung 30 minit dan setiap hari ada 2 sesi blah pagi dan blah petang.


Sekiranya korang tak pernah lagi ke KL Bird Park tak salah pun mencuba dan merasa The largest Bird Park in the world...serious tak rugi pun pergi at least boleh tengok anak-anak tersayang happy je memanjang tengok birdie depan mata.

No comments: