June 5, 2014

Cara-cara travel backpack dengan Baby dan Toddler

1. Cuaca. Sebelum nak travel kita patut survey pasal cuaca, walaupun ada pepatah mengatakan 'ku sangkakan panas sampai ke petang, rupenya hujan ditenghari'

2. Pakaian cotton. Tak perlu baju berkolar bagai, carilah baju yang cotton yang sedap dipakai. Baju Tidur normally 2 malam untuk satu set baju tidur. Nak tidur baru salin baju tidur. Bagi yang ada baby skin sensitive tak mengalakkan, bawak seluar lebih takut malam malam bocor.

3. Kasut/Selipar. Bagi aku aku bagi pakai selipar yang selesa. Kasut kalau dah basah satu kelecehan. Tapi tengok juga travel kemana, kalau dah oversea yang sah sah musim dingin bawaklah kasut dan stokin bersesuaian. Takperlu 2/3 jenis kasut.

4. Seluar. Kalau cuaca panas sediakan seluar yang pendek dan cotton, kalau cuaca dingin bawak seluar panjang lebih. Pendek kata pakaian budak budak yang nak dibawa biarlah bersesuai dengan cuaca.

5. Pampers. Ibu-bapa tahu berapa pampers digunakan sehari untuk anak anak. Cadangkan ialah pakai pants, senang je sarung je.

6. Susu. Cara packing susu, susu disukat dengan betul dan letak dalam sandwich pack kedap udara dan seal dengan kemas, jadi senang je takperlu sudu sukatan susu, tak perlu susu tin. Ini sedikit sebanyak boleh menjimat ruang beg dan senang dalam menyediakan susu anak. Botol susu bawak ikut keperluan, satu botol mencukupi untuk seorang anak. Rajin basuh selepas mengguna. Cadangkan untuk menggunakan sabun botol susu pegion amat disarankan. Letak sedikit dalam botol dan goncang dan bilas.

7. Cara menyusun pakaian. Ini akan menjimatkan lagi ruang backpack anda. Letakkan pampers dan bungkusan susu pada ruang yang senang dicapai.



Sediakan beg yang biasa untuk satu persalinan, beberapa keping pampers dan beberapa bungkus susu. Ini untuk standby sekiranya emergency berlaku semasa travel takperlu pungah backpack beg.

8. Medical. Medical yang basic ialah paracetamol, selsema(kalau lama bercuti bawak). Bagi kebersihan diri, digalakan potong kuku tangan kaki siap siap sebelum travel.

9. Stroller/Sling. Disarakan gunalah travel stroller yang senang dilipat dan ringan dan jimat space. Sling pun digalakan kerana sesetengah tempat bukanlah stroller friendly.


No comments: