Buhsan, dan takde apa yang hendak dicerita.
Start dari bulan nie sampailah akhir bulan 7, keje amat sibuk sekali. Syukur gak, dalam kesibukan dapat gak extra rezeki. Saya suke (nada Stacy).. hauahahha.
Tiap-tiap minggu plak ada aturcara, sungguh sibuk mengalahkan PM. Ehhh..konon nak tunjuk sibuk benor la kan.
So guys, yang mana kawan kawan rapat, mesti dah tau minggu lepas 5 June 2009 aku dah bertunang. Majlis simple je, berlangsung selepas sembahyang jumaat. Pihak lelaki yang datang 5 orang, Pihak menyambut yang ada 3 orang, since ayah bukan orang kedah, so takde la sedara mara yang datang. Jauh sangat.
Encik Zulkhairi memang tak datang langsung, yang datang dari pihak die ialah, Ayah , kakak sulung, abang sulung, ustazah, dan ustaz yang membaca doa.
Hantaran dari pihak lelaki (Hijau)
1. Kain Pasang
2. Towel tag "Mohaiza" ...nak gak tulis Mohaiza tuer
3. Cake green tea
4. Pulut Manis
5. Sirih junjung
Hantaran dari pihak perempuan (White Silver)
1. Tapak Sirih
2. Kain Pasang
3 Towel tag "Zulkhairi"
4. Potpuri apple
5. Kain Pelikat
6. Biscuit Chocolate / cookies
7. Buah
Barang kemas : Cincin emas 2 bentuk dan seutas gelang. Salah satu cincin tu pemberian bakal mak mentua..huahahaha tulis perkataan bakal tu tak tahan...gile plak aku rasa.
Majlis bermula dengan bacaan doa, dan makan makan dlu, minum minum. Ayah aku nie lain, die nak kasi orang kenyang dlu baru senang bincang. Lepas senang hati melantak baru bincang, Lepas bincang sarung cincin. Huahahaha, Majlis pun the end.
6 comments:
congratzzzzz!!!!
mane gambo?
huuu
Selamat dah 1 perkara...amin
ouhhhh dah betunang yerrrrrr.....congrats!!! :D smoga seronok utk plan hari bersejarah pula ;)
congratez on ur engagement !
aku xtau pun ko dah btunang.....
All : Thanks....Add, there are story behind that. Nanti i cerita yer. Miss you. Muaxx.
Post a Comment