Mendengar topik dalam radio Hot FM mengenai lelaki memasak sebelum khawin dan selepas khawin. Semata-mata nak ngorat, ramai lelaki sanggup masok dapur, ketung ketang masak pelbagai resipe, tapi selepas khawin harem!. muahaha.
Namun aku bersyukur kerana dapat Korie yang ringan tulang masuk dapur. Jangan pulak ingat aku leh lenggang lenggang buntot tak masuk dapur. Of coz la korie nak gak merasa masakan aku kan, walaupun hati memberontak masakan aku! chet.
Dahulu sebelum khawin, masa sesi ngorat die selalu je pos bee hoon hailam ke tmpt keje aku, udang kasi banyak - banyak, tu sebab ada pepatah menyebut udang disebalik mee. Aku selak je fuyooo banyak ye udang.
Masa aku disahkan pregnent, lagi la terasa diri ini bak permaisuri. Apa yang hajat dihati, dia masak. Laksa terengganu, makan berdua tapi laksa sekilo :D. Nasi tomato, satu periuk, disebabkan acar cuka tak boleh, dibuat acar kari. Ketam masak air, berketam ketam dibuatnya. Boleh dikatakan kebanyak home cook la sepanjang aku pregnent. Ditambah plak, mek juju jugak pregnent dan request itu ini, dapat gak dia merasa. Itu anak pertama, harap - harap kalau expected pregnent seterusnya still dapat makan berheaven heaven jugak!
Lepas je ada anak hidup pun berubah. Semuanya berputar seperti 360 darjah. Mula-mula payah jugak nak sesuaikan diri, boleh dikatakan makan luar 4 kali seminggu. Dengan letih kerja, letih kerja rumah, letih nak sesuaikan diri ngan anak kecil yang memerlukan perhatian. Tapi sejak Asyraf masuk 4 bulan, perlahan-lahan aktiviti home cook kembali seperti biasa. Kalau aku balik awal, aku masak dulu. Begitu sebaliknya, rupa-rupanya kami rindu sangat home cook aktiviti. Aku masak nasi, korie masak lauk. Aku prepare bawang, cili, halia, korie bland semuanya. Aku sediakan pinggan, sudu, nasi, manakala Asyraf berada di lantai atau high chair tersengeh sengeh tengok ayah dan mamanya berperang di dapur, rasa gembira.
Sedap atau tidak itu lain kira, tapi bila tengok korie menghirup sup ayam atau kari ayam sampai licin diri pun rasa puas hati. Kalau Asyraf buat perangai pun takde la kelam kabut, sebab rumah sendiri. Nak bertepik ngan Asyraf pun takpe, takde orang kisah. Nak makan gelojoh pun takpe, nak makan sambil mulut bersembang pun tak kisah. Bersepah? adat la tuer di high chair Asyraf bersepah dengan makanan dia, kuah tertumpah atas pelapik, tapi itu rumah kite, nanti boleh kemas balik. Bila habis makan, memang tugas aku mengemas apa yang patut. Bagi aku, masa masa begini lah yang amat berharga.
No comments:
Post a Comment