Rabu lepas aku mengalami cramp perut. Sedawa keluar angin dari lepas sahur sampai ke petang. Lemah longlai semacam, muka tak bermaya, mulut bukan main tawar hebaq. Sampaikan aku nak tekan minyak kereta pun alahai macam tak terasa pedal minyak. Malam pun aku tidur awal sampai ke sahur khamis hari
Serious aku cakap aku risau semacam kot kot terpregnent. Yela aku hanya family planning normal, aku amat fail kalau nak suruh makan pil setiap hari. Oleh itu kami berdua cakap family planning macam normal. Korie plak suspect mungkin symtom symtom nak datang period bermula, sebab sampai sekarang period aku masih belum kunjung tiba.
Khamis sahur, aku minum air penawar, aku ambil ubat gastrik walaupun selama nie tak pernah ada gastrik, aku sapu minyak di perut. Akhirnya rasa elok je sepanjang hari. Selidik punya selidik, aku rasa perut cramp semacam hari rabu itu pasal aku tak tahan dengan dugaan air tebu dihidang depan mata aku semasa berbuka puasa.
Ni dah 2 kali aku melanggar pantang. Patutnya air tebu dan air kelapa aku harus berpantang selama setahun. Kenapa setahun? sebab kedua-dua minuman itu tajam. Tapi disebabkan tekak berkobar kobar aku telan jugak beberapa deguk air tebu, kesanya memang menyakitkan. Perut cramp lemah longlai aku seharian.
Kes pertama 3 minggu selepas pantang, aku makan sambal belacan berserta mempelam masam. Pergh pedas, masam memang marvelous tak terkata! Nak nak dengan nasi panas dan ikan goreng je memang sesuai sangat. Kesannya, aku kena cucuk di bontot akibat ulu hati yang ngilu pedeh dan perut cramp. Kali ini, mungkin aku fikir tak mengapa sedeguk 2 je, atau erti lain tak kenal erti serik, hamekko perut cramp ngilu sampaikan aku rasa nak pengsan nak tempek je atas tilam taknak bangun. Mujur korie tak perasan perut cramp aku disebabkan tebu yang aku teguk, kecuali dia baca blog nie habis aku dia belasah kat telinga. Cakap taknak dengar.
Selalunya orang cakap, aku jarang nak patut sebab aku rasa ala yeke? betul ke? bila merasa baru aku tahu. Aku tak cakap ini akan berlaku pada semua orang, mungkin pernah merasa mungkin tidak. Mungkin bagi orang yang bersalin normal, dan c-ser tidak atau sebaliknya. Not heart feeling. :)
1 comment:
ape yg bley aku ckp : "Padan muka, tu la xmo dgr ckp emak aku :P"
Post a Comment