August 5, 2011

Ramadhan 2011 # 2 : Menu Berbuka.

Tiap petang aku akan google search apa lauk yang nak masak untuk berbuka. Sempat ke aku masak? Jeng jeng jeng, sempat le nyah oi, mak balik pukul 4.30 berlari anak anakan ke monorail tukar plak di Hang Tuah sampai rumah 5.15. Sweat~

Sampai rumah, tukar baju masok dapor. Kelentang kelentung kelentong masak 3 jenis lauk berkuah, bersayur dan kering buat ulam, masak nasi, masak bubur Asyraf dalam pukul 630-645 settle. Lauk dah hidang, nasi dah masak, air kejub lagi buat. Mandi dan duduk rilex sambil tunggu Asyraf balik sebab dia pantang balik je nak berkepit je.

Sedang elok google resipe asam pedas, nie kes teringat asam pedas Hang Li Po la nie. Telephone korie tanya bahan bahan dalam peti. Kekeke boleh plak telephone laki aku tanya bahan bahan dalam peti nie siapa yang tukang masak kat rumah nie.

"Hello, serai ada lagi tak?"

"Takde dah!"

"Serai beli isnin takde dah, cepat bebenor habis!"

"Serai tu 3 je la, habis dah la. Nie nak masak apa nie?"

"Asam pedas le"

"Ala, nnt buat sawi berkuah ayam tu buat keluar tunggu je la orang balik masak"

"Yerla" tak best ye tak dapat makan asam pedas kaw kaw.

Tetiba

"Hello, harinie nak masak ke atau makan luar?, apa kate beli nasi kerabu? rasa nak makan nasi kerabu la, pastu beli air Kathira 2 satu untuk i satu untuk you, beli kueh, beli roti john...."

Hohoho nie sapa yang pelahap nie?

1 comment: