Membeli - belah bersama baby, atau erti lain ialah hanya berdua bagi aku amat mencabar. Nak - nak macam aku yang selalunya akan spend 2jam atau 3jam untuk grocery shopping. Kalau ada partner masih boleh manageable, kalau baby meragam seorang lagi boleh sambung beli-belah, seorang lagi boleh tenteramkan atau memenuhi kehendak baby.
Sewaktu Asyraf berumur 3 bulan aku bawak pergi Tesekoo. takde partner hanya berdua. Haruslah mentally prepare sekiranya berlaku pepe hal. Masa di car park, aku breakfeed dia dulu, bagitau dia yang dia akan teman mama shopping grocery. Lepas kenyang, letak dia dalam baby carrier sebab die tak boleh duduk lagi dalam trolly Tesco jadi baby carrier senang buat aku. Kalau guna stroller lagi la tak boleh, bayangkan mana tangan nak tolak stroller mana nak tolak trolly Tesco. Untuk mudahkan kerja aku, aku list down apa yang harus dibeli senang untuk aku tak payah kehulur-kehilir sekiranya lupa sesuatu. Biasanya baby umur begitu kenyang je tidur, nak nak kalau sekeliling environment yang macam boring je buat dieorang akhirnya dieorang akan tertidur dalam baby carrier. Dan akhirnya, mama perlu pergi Spa akibat kendong lama-lama sakit bahu.
Umur 8 bulan, aku sekali lagi bawak Asyraf ke Tesekoo. Kali ini dia dah fully able to support diri sendiri duduk dalam trolly Tesco. Sebelum ke grocery, kiteorang g makan breakfast dulu, kasi perut dia kenyang, dan perut aku jugak! hahaha. Selesai sudah breakfast dan minum susu baru bermula grocery shopping. Umur baby begini jarang sesekali baby nak tidur lepas kenyang, sebab dia ada daya teruja nak explore sana sini, tengok lampu, tengok budak budak berlari jadi baby akan tahan mata untuk tidur. Untuk mengelakkan dia boring duduk je dalam trolly, selalu nya heading ke toys dahulu, pilih mana toys yang nak beli then bagi dia main. Kalau dah berjam shopping of coz baby senang boring dengan toys yang sama je dalam trolly, bila di bahagian sayur atau barang basah ambil plak plastic yang isi barang tu buat belon, kekadang baby lebih suka main bukan mainan dieorang. Contoh remote Astro, kunci kereta. Ada masa harus jugak entertain dieorang supaya baby nie tak terasa boring, end up dia behave je otherwise dia mungkin mengamuk tak tentu pasal.
No comments:
Post a Comment