Seperti dijanjikan minggu lepas Anggun Iffah datang ke teratak Asyraf Iskandar selama 3 hari 2 malam, riuh jugak rumah ini kerana ada suara nyaring mereka berdua....eh suara Anggun je, Asyraf kalau ada orang takde suara hanya senyuman dan kesengehan membuatkan orang cair. Chewah!.
Tiada agenda yang special semasa Anggun Iffah berada di sini, kerana hari pertama mereka sibuk settlekan hal hal yang tertangguh si USJ, pada malam itu hanya dinner 2 family, harapkan dinner yang tenang boleh sembang-sembang tapi Asyraf buat perangai, taknak duduk dalam baby chair, taknak makan, nak dukung je. Haih~ nasib baik mama dan ayah dah mentally prepare buat dek je bila suara Asyraf nyaring satu kedai. Ahakz bukan kejam, tapi kalau dimarah pun tak guna jugakkan? Balik je rumah ingatkan Asyraf dan Anggun nak tidur, padahal tawaf satu rumah, galok main sana sini. Haih sabor jela.
Next day, ialah family photoshoot Anggun. Tapi cuaca tak menyebelahi. Hujan lebat di pagi hari, rumput padang di taman basah. Asyraf rilex je tunggu dibawah wakaf, tetiba je dah tidur sambil susu. Hahaha, senang gila anak mama nie. Anggun plak mood tak ok, mungkin letih sangat atau tidur tak cukup, nak susu dan nak tidur. Lepas je photoshoot, hujan turun amat lebat, tapi kami terus ke Kampung Baru melantak nasi, lama sungguh tak sampai Kampung Baru last sampai waktu pregnent.
Petang tu, Anggun pun bertolak balik ke Kuantan. Suasana rumah tetiba terasa keberangkatan pulang Anggun. Tetiba rasa something missing, sunyi-sepi walaupun ada suara Asyraf kedengaran.
1 comment:
xper..nnt anggun dtg visit lg yer...hehe...ape kata asyraf ajak mama n ayah asyraf plak dtg visit anggun kat cni...pastu kite g picnic..lg syokkk...
asyraf da pandai jalan kan?? lagi ler syokkk
Post a Comment