Bunga akar fatimah boleh diperoleh di Mekah, kalau di Malaysia tidak pasti ada jual atau tidak. Rupa bentuk bunga akar fatimah tidaklah seperti bunga tulip, bunga raya atau bunga tahi ayam. Tapi rupa bentuk dia lebih kepada berlengkar lengkar seperti akar ginseng.
1. Guna sekuntum bunga akar fatimah.
2. Sediakan air masak, bekas besar (baldi, atau periuk yang besar).
3. Letakkan bunga ke dalam bekas, dan tuangkan air masak ke dalam bekas itu (sambil menyiram bunga tersebut). *tidak perlu menunggu semalaman, kalau nak tunggu jugak, rasanya amat meloyakan.
4. Lalu ambil air untuk diminum secawan atau disimpan kedalam bekas air untuk diminum sedeguk dua. (tak perlu tunggu lama-lama, habis je tuang air masak tersebut terus amik air dalam bekas).
5. Tinggalkan / biarkan sahaja balance air bersama bunga itu. Bunga akan kembang sekembangnya. Kepercayaan orang mengatakan bahawa cepat atau lambat kembangnya bunga akar fatimah sepertimana cepat atau lambat bukaan pintu rahim.
No comments:
Post a Comment