April 11, 2013

Cherating Gateways

Selepas berhempas pulas menjalani kehidupan, mengurus rumah tangga yang dalam rumah actually takde bertangga sekarang baru ada. Berkerja mengembangkan poket orang lain sedikit sebanyak poket sendiri dan menjana ekonomi negara. Akhirnya kami dapat bercuti di dalam negara, walaupun hati memberontak nak keluar tapi passport dah expired takde fulus extra nak renew dan buat untuk Asyraf. Nak cuti tapi tak tau nak kemana. Setiap kali ada promotion Air asia berkobar kobar nak booking tapi tak tau hala tuju.

Disebabkan kawan baik baru lepas bersalin dan lama jugak tak jumpa, aku buat kata putus ke Cherating lah untuk bercuti. Penginapan aku buat melalui internet, puas jugak godek sana sani sebab harga bilik berlainan untuk sesetengah website, ada yang buat promotion ada yang tidak bagi promotion padahal resort yang sama je. Alang alang cuti lama lebih kurang seminggu kita duduk lama sikit 3 hari 2 malam yang lain pergi rumah sedara Ahakz. Apsal ingat aku duduk sampai seminggu eh? Gile ko habis pitih aku. Wink wink wink. Bercuti dahulu baru ke rumah sedara mara. Check in hari Jumaat check out hari Ahad. Sabtu seharian picnic tepi pantai gossip gossip dan rilex mata memandang.

Gossip-ing partner. Anggun Iffah

Disebabkan pitih tak cukup tebal, hanya Legend Cherating je yang mampu. Ikutkan nafsu nak juga merasa Club Med tapi kalau dah duduk satu malam beribu tak jugak dapat "baby" tak guna gak (Benggong kan). Bagi aku Legend Cherating cukup memuaskan hati kami, bilik pun ok (cume aku prefer ada carpet, tapi dah nama tepi pantai kang lagi payah nak kemas sebab carpet payah nak cuci bila berpasir memanjang). Makanan breakfast pun ok, lunch dan dinner aku tak merasa, sebab rasa tak perlu untuk kami bertiga bagi harga yang ditetapkan. Kalau nak lunch boleh lunch di kedai betol betol bertentangkan simpang masuk resort, kedai yang takseberapa nampak mewah (hanya ada 2 kedai makan disitu), makanan tengahari amat sesuai dan menepati citarasa kami. Sebelah dia ada jual pelampung, beli je yang secondhand pun tak ape harga hanya 5.00 - 10.00 boleh tahan seminggu. Nak beli mahal bukan pakai selalu pun setahun pun sekali - dua. Bagi dinner pulak, rajin rajin turun ke Kuantan, sebab restaurant di sekitar Cherating amat mahal, amat lembab serve makanan, dan makanan amat tidak memuaskan hati.

Paling happy ialah budak budak ni lah, sebab tak perlu pikir masalah duit bayar hotel, duit transportation, duit makan dan segalanya. Yang penting enjoy.







 Anggun layan pool manakala.....aku ?


Jadi baby sister buat Anaqi.



No comments: