2nd pregnency was not easy, early trimester very very challenging. Takde kerja lain vomit, vomit, vomit. Makan vomit, gosok gigi vomit, masuk dapur masak vomit, jalan pergi kerja balik kerja vomit, nak masuk rumah vomit. Bulan ramadhan boleh dikatakan aku hanya berpuasa beberapa hari sahaja, sebab tak tahan nak membawa diri yang asyik muntah, baru aku tahu betapa seksanya pembawakan budak. Dulu masa kandungan pertama tak pernah merasa semua ini, semua berjalan dengan lancar.
Yang hairan keluar KL tak vomit plak. Pergi Cherating elok je, sihat walafiat, selera makan ada.
Masa 2nd pregnancy, aku masih breastfeeding Asyraf yang mana orang lain lihat mungkin lebih membawa keburukan buat kandungan. Sebenarnya takde apa apa pun, selagi tak mudarat ibu dan kandungan tak salah breastfeed, dan sejak itu aku train Asyraf away dari aku kena minum FM, dengan aku takpe. Tapi masuk je trimester ke 2, Asyraf slowly mintak FM, bila dia minum susu badan je dia merasa geli dan berkerut habis dahi dan stop breastfeed sehinggalah sebulan sebelum aku bersalin Asyraf kembali breastfeed.
Aku lebih kepada buat bodoh je kali ini. Takde monthly checkup pun dibuat, dalam hati ada jugak rasa gundah tentang kandungan. Bila masuk je bulan ke 5 aku pergi checkup di Klinik Pantai Ampang leh terus kenal gynae yang akan sambut baby. Ikutkan nak pakai gynae yang dahulu Dr Sudha, tapi Dr Sudha sudah full time di Columbia Wangsa Maju, jauh pulak nak menapak ke sana. End up dengan Dr Suhaimi Isa, doktor laki dan Islam. Kali ini aku nak cari doktor beragama Islam tak kisah perempuan atau lelaki, kategory kedua baru jantina doktor EH! memilih pulak aku kan? mcm berlagak diva. Dr Suhaimi very polite, very talkative, dan layan je semua soalan yang diajukan. Amat selesa, tapi mungkin tak selesa dari segi segan pun ada sikit sikit, yela dia kan Dr laki, aku nie perempuan. Tapi Dr Suhaimi nie dah tahap ayah aku dah, anak dia pun lebeh kurang sama umur ngan aku. Package bersalin pun masih kekal pada harga yang sama jadi bersalin jelah disini. Ikutkan cita cita nak bersalin PCMC, tapi buat masa sekarang takde rezeki tengok anak seterus..wah ada angan nak anak lagi tapi bersalin takut nau.
Awal kandungan berat aku tak naik sangat, maintain selim melim (ayat poyo), berat baby pun takde la gelojoh menonjak naik mulanya rasa takut gak kot kot berat aku naik lebeh dari Asyraf dlu. Mungkin sebab aku pregnant + breastfeed, jadi aku tak dapat zat sangat. Tapi lepas Asyraf berhenti gara gara susu tak sedap kot, (tak pernah try rasa), berat aku naik melonjak baby pun sama naik. Doktor pun terkejut sebulan cecah 400gram dan expecting kalau bersalin 40 weeks and above berat baby mungkin cecah 4kg which is not so good to mother and doctor also. Orang akan cakap ala takpe, asalkan baby sihat, ibu sihat tak kisah lah berat ke ringan. Jangan amik mudah; kalau berat baby lebih 3.5kg pontensi ke c-ser amat tinggi sebab ibu struggle untuk keluarkan bayi yang besar kemungkinan bahu tersangkut tu doktor aku yang cakaplah tu sebab berat harus dijaga jugak. Alhamdulliah baby girl selamat dilahirkan pada minggu ke 38, (yang aku expected, sebab Asyraf pun lahir awal), seberat 3.48kg pada waktu 17.50 petang bersamaan 21 February 2013.
No comments:
Post a Comment