April 8, 2013

Kembali

Aku kembali semula setelah lama tidak menulis. Alasan kerana menyepi sekian lama ialah pregnent buat kali kedua, which is unexpected! i repeat unexpected. Seriously! bayangkan waktu itu Asyraf baru menjangkau usia 1 tahun 5 bulan baru berjinak jinak kealam mak-pak-pakai-sportshoe-kejar-anak. Tetiba aku pregnent, speechless pun ada, nervous pun ada, excited pun ada (sebab aku expect pregnent kali ke 2 aku nak baby girl) dan terasa guilty sebab Asyraf masih dalam waktu bermanja. Ditambah pulak assignment aku kali ini harus ke Singapore lebih kurang 5 bulan lebih.

Oleh kerana aku dalam keadaan tidak dapat menerima kenyataan aku pregnent. Aku buat bodoh je, aku tak buat checkup, dan pregnancy test pun. Tapi confident je cakap diri sendiri pregnent kan? sebab period regular tetiba lewat seminggu. Tapi apakan daya ada sehari, badan tak sihat, jantung tak boleh catchup oksigen, harus ke klinik amik nebulizer dari situlah doktor suruh buat pregnency test sebelum kasi ubat. Seronok bukan main nurse-nurse dan doktor bila check ada double line, aku plak merundum sebab sah 100% aku pregnent. Alahai, macamana aku nak bagitau yang aku harus cancel assignment ke Singapore?

Lantak jelah, aku diam dari bgtau semua colleague yang aku pregnent. Tapi ada orang perasan perut makin buncit, badan berisi, selera makan lain, tak sihat memanjang (kes kerap muntah). Siap suruh aku diet kurangkan makan berminyak dan banyak exercise. Thanks for your concern, i know u love me Janice (ahakz). Nak dijadikan cerita terbongkar bila aku kena pergi attend training ke Singapore, masa tu aku confident je takde orang tau, tapi alangkah cuak bila aku kena tahan di boarding gate, tak tau macam mana mamat tu perasan perut aku . Dah la aku passenger akhir beratur tetiba kena tahan, kena soal itu ini, surat doktor, sudah berapa minggu dan flight pun macam nak dah nak berlepas je, pastu jauh bebenor nak menapak ke kapal terbang sana! . Dalam hati mampuslah kalau boss tau, habis kena marah sebab ticket akan burn, training tak dpt attend. Nasib menyebelahi, isi je form yang mengatakan pregnent then submit ke stewardess atas flight dan diberi warning suruh inform bila nak boarding dari Singapore.  Tapi kat Singapore aku tak buat pun, aku buat bodoh. Boleh? nasib baik bayi takde masalah. Balik dari Singapore, aku terus terang pada semua orang aku pregnent, lantaklah kena marah marahlah (Project very tight dan kena plak allocated kat Singapore). At the end okla la jugak, Singaporean bagi access buat di Malaysia yang lain ke Singapore, office sunyi sepi dan dunia macam ana punya. Stress-less.


No comments: