Lama jugak tidak ketemu dengan blog ini. Tak sesat rupenyer aku, paling tak tidak sangka terasa nak update blog, sambil tu rindu zaman muda mudi.
Tahun 2014, tahun aku masuk 3 series, ya 3 series dan anak 2, anak sepasang sorang lelaki dan sorang perempuan. Tahun ini dimulakan dengan perkataan "Struggle". Suami sedang struggle untuk bertatih dalam perniagaan yang bermula hujung tahun lepas mudah mudahan dimurahkan rezeki lagi, dan perniaagan berjalan lancar dan jugak diturunkan wahyu untuk memperkembangankan perniagaan.
Tahun 2014 juga, aku dikhabarkan dengan permergian kawan baik office aku. Sedih terasa. dan tahun ini jugak big damage akan menghantui kami, macam saspen je kan, sebab lepas raya kemungkinan besar nak kena masuk rumah baru, sambil tu terbayang bayang $ melayang, grill la, kitchen kabinet la, furniture la, nursery la, .....
Berbanding dengan tahun lepas, dimulakan dengan kepenatan membawa diri.
Kepenatan kerja hampir tengah malam.
Kepenatan kehulur kehilir berjalan jalan.
Kepenatan bermula kerja selepas maternity
Kepenatan handle anak 2, macam macam ragam.
Stop!, dah macam merapu lebih.
Btw, ada sesiapa nak tempah catering untul 10pax-50pax atau 100pax boleh la contact contact saya. Kite berbincang. Eceeewah.
No comments:
Post a Comment