June 4, 2014

Lama tak nampak!

Lama tak menulis di blog ni, asyik refresh facebook dengan instagram je. Agak agak few years soon apa pulak news apps/tools yang akan mengatasi manusia kan.

Balik kepada beberapa bulan lepas, bulan April disebabkan credit card ada ruang kosong banyak, jadi kite pun bookinglah tiket ke Langkawi untuk 3 hari 2 malam. Kalau luar, better 4 hari 3 malam baru seronok. Kalau nak beronok ronok lagi booking seminggu atau sebulan pun boleh tengok poket lawa ke lubang pulak.

Resort : Sandy Beach Resort (non Peak RM 150 permalam termasuk Breakfast No Tax).

Kereta Sewa : Viva (RM 60 perday)

Day 1: Kalau nak jimat masa, booking flight pagi sebab sampai sana boleh elok elok check in, macam tak rugi hari.
Lunch amat murah berdekatan dengan airport, selepas lunch tu kite check in lepak lepak dan hala ke cable car.





TIPS: Harga tiket cable car menjadi HALF PRICE selepas pukul 5 petang, jadi untuk jimat naik je lepas pukul 5:00, sempat jugak nak bergambar dan lepak diatas. Masa untuk naik dari kaki gunung sampai ke puncak 15 Minit, jadi 2 jam memang amat mencukupi. Dan yang penting jimat duit.



Untuk dinner, teramat murah jugak, ada restaurant thai di simpang 3 berdekatan dengan Chenang. Sepanjang kami di sana tak pernah kena cantas pasal makanan. Malam kite Jalan jalan Chenang road cari bekalan untuk besok island hopping.



Day 2: Hari untuk Island hopping, pakej aku amat ialah 25 ringgit untuk dewasa, 15 ringgit untuk kanak kanak. Kena pandai cari pakej sebab semua boat adalah sama je kecuali nak privasi kena la bayar lebih.



Bagi island hopping, semua boat ialah speedboat, kalau mana yang risau anak tu kecil sangat tak mengalakkan sebab memang teramat laju, dan melambung lambung gitu. Asyraf aku bagi pakai life jaket dan pegang tali, amani aku sorok dalam life jaket aku, tak lemas malah die tertidur kusyuk dalam life jaket. Amani takde life jaket sebab dia terlalu kecil, dan aku takde life jacket budak.




Island hopping ada 2 jadual satu sesi pagi, satu sesi petang. Kami amik sesi petang, senang lepas lunch baru sesi island hopping balik dinner dan rehat. Island hopping activiti ialah pergi Dayang bunting sejam, Pantai Beras Putih sejam dan burung heleng feeding.






Day 3: Day 3 hanya untuk rehatkan badan, sengal sengal island hopping. Lepas breaksfast di resort start enjin kerete shopping di Haji Ismail. Chocolate dan pinggan mangkuk. Bile balik kena extra RM150 sebab terlebih berat.










No comments: