November 17, 2008

Kehidupan

Kekadang kehidupan ni tak seindah apa yang kite rancang.
"Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan"

Kekadang kehidupan ni bukanlah lurus jalannya.
"Manusia tidak akan nampak apa yang berada dihadapan dengan mata kasarnya"

Kekadang kehidupan ni ada turun dan naik.
"Manusia akan mengalamai masa "jatuh" dan masa "UP""

Kekadang kehidupan ni teramat payah untuk diungkapkan
"Sesekali manusia jugak harus mengikut arus kehidupan, janganlah terlalu berfikiran optimis terhadap sesuatu benda".

Cerita aku
Pada dlu dlu aku terlalu merancang kehidupan. Semua bende akan aku rancang dengan teliti. Sesapa kenal aku, mmg tahu perangai aku yang amat teliti dengan perancangan. Bende bende yang kecil akan aku masuk dalam rencana perancanganku. Bagi aku setiap perancangan akan berjaya kemudian hari, tapi tak semua perancagan yang aku tulis atau titipkan pada nota nota aku akan berjaya. Sampai sekarang, aku masih dengan aktiviti dalam merancanakan kehidupan aku.

Tapi korie mempunyai persepsi yang bertentangan, die kekadang menasihati aku agar jangan terlalu teliti ini kerana sumua perkara aku merancang dengan teliti, dlu aku tidak percaya yang manusia kekadang haruslah mengikut arus kehidupan, jangan terlalu merancang, kerana perancangan yang teliti akan membuat manusia berasa kecewa dan putus asa.
Dan pada suatu hari, ada perkara yang membuatkan aku tetiba merasa aku perlu ikut arus kehidupan, kerana tidak mahu terlalu stress untuk memikirkan perkara perkara yang simple dan membebankan pemikiranku. Kerana aku percaya setiap perkara yang diingini akan tercapai cume cepat atau lambat aje.

Jadi
Perancangan dalam kehidupan itu penting untuk manusia, manusia harus berusaha mencapai setiap perkara yang diingini, dan mengikut arus kehidupan untuk bersabar mencapai perkara tersebut!


Keperluan & Keinginan adalah 2 perkara berbeza dalam kehidupan. Renungkanlah

2 comments:

susu dalam botol said...

saya selalu go with the flow ;)

Cik Oren said...

aku rasa..kdg2 aku rs jeles ngan ko.sbb ko dpt merancang dgn teliti..and kebiasaannyer..rancangan ko menjadi...respek r ngan ko