June 16, 2009

Persiapan mycherita 1 - Persoalan hantaran

Bermula dari merisik, bertunang dan berakhir dengan pernikahan. Adat orang melayu tidak akan lari dengan "barang hantaran".

Berapa hantaran balas berapa?

Barang aper buat hantaran?


Pendapat aku, barang hantaran haruslah berpada dan tidak membebankan si pembeli pada akhir kelak. Ini kerana barang hantaran merupakan salah satu aset penting dalam perbelanjaan cost / budget dalam persiapan pertunangan/perkhawinan.

Tapi sejauh mana wujudnya "Hantaran dalam agama Islam?". Nie salah satu petikan yang aku tergoogle pada waktu lepas.

"Hantaran tidak wujud di dalam Islam. Lebih-lebih lagi barang yang digubah menjadi itik, angsa, burung dan pelbagai bentuk binatang. Ini unsur-unsur syirik yang tidak sepatutnya diamalkan oleh umat Islam. Sekiranya ingin memberi barang dengan niat ikhlas kepada bakal isteri, seeloknya diserahkan lebih awal iaitu sebelum dijalankan akad nikah. Tidak dengan beradat dulang apatah lagi dulang emas atau perak yang dilarang Islam kerana bejana (barangan atau perhiasan rumah) emas dan perak, haram umat Islam menggunakannya. Tambahan pula budaya hantaran hanya akan mendatangkan kesan yang buruk jika berlaku perselisihan faham. Sekiranya hantaran diberi sebelum bernikah andai pihak gadis memutuskan perhubungan adat menetapkan pihak lelaki boleh menuntut ganti rugi dua kali ganda hantaran yang diberikan kepada bakal isteri. Ini hanya akan membebankan keluarga gadis itu."


1. Chocolate cookies - 12 pieces
2. Kain Pasang
3. Towel
4. Kain Pelikat



1. Potpori
2. Bakul Buah

1 comment:

Ole-Ole Manis said...

I link ur page @ my blog. :)