January 7, 2009

Seikhlas

1. Sudah berbulan tidak berjumpe ngan papa aku since raya lepas.

2. Tiap-tiap hari sms dan call bagi menanyakan khabar antara satu sama lain.

3. Dahulu, pengorban papa amat besar sekali.

4. Papa pernah reject job offer Hitachi untuk menghantar beliau ke Jepun 5 tahun, sbb aku terlalu kecil untuk ditinggalkan.

4. Pernah sekali papa diberhentikan keje sebab kegawatan ekonomi pada tahun 1998, dan diberi pampasan. Aku agak cuak pada waktu itu, tapi papa rilex dan cool je. Dan sejak itu, aku blaja ekonomi Malaysia dari beliau

5. Oleh sebab pada tahun 1999, aku menduduki peperiksaan PMR, papa berkorban satu tahun tanpa mencari pekerjaan bagi hantar aku pergi dan balik ke pusat tuisyen.

6. Akhirnya result PMR aku amat memuaskan. Papa hanya mampu tersenyum kerana ketika itu beliau sedang demam.

7. Tahun 2000, Papa dapat pekerjaaan di Robert Bosch - Penang. Aku plak persekolahan sesi pagi.

8. Dihadiahkan aku sebuah motosikal untuk ulang alik ke sekolah dan meronggeng jadi minat rempit, hahahah. Tapi jangan pikir buruk, setiap pergerakan aku akan aku beritahu.

9. Tiap hari aku berdoa agar beliau murah rezeki, sbb papa sanggup berkorban banyak sangat dari aku kecil sampai waktu itu.

10. Aku percaya setiap doa yang ikhlas dan perkara baik akan dimakbulkan oleh Allah.

11. Dalam masa terdekat beliau dihantar ke Perancis, Germany, dan negara Europe yang ada cawangan Robert Bosch. Rezeki papa amat murah, belajar di US, dan berkerja di negara Eupore.

12. Aku tak dapat ikut kemana dia pergi, tapi diajar berusaha sendiri untuk ke mana-mana negara yang aku ingin pergi.

13. Bile aku masuk Univeristy, papa berusaha cari duit dan bagi kesenangan agar tidak mempunyai perkara yang mengangu study aku.

14. Pernah sekali aku menyatakan hasrat ingin berkereta ke University. Papa janji aku akan dapat kerete bile dapat keje.

15. Janji ditepati, kereta aku pilih, monthly aku bayar, deposite papa bayar. Hehehe

16. Pabila sudah kerja, aku tetap menghulurkan bantuan dari segi apa jua sekali pun, walaupun papa cakap tidak usah.

17. Dan siapa cakap anak tunggal apa yang nak semua akan dapat, tak pernah di tengkin atau di marah. Hohoho salah sama sekali.

18. Aku pernah ditenking depan depan orang ramai di Tesco, malu gile.

19. Tilam aku pernah berada diluar pagar rumah. Dramatik btol.

20. Pintu bilik aku pernah pecah sbb beliau tendang.

21. Tapi kite, sebagai anak tak usahah dendam, pikir betul betul salah kite itu ?

22. Bagi aku bersembang atau berkomunikasi amat penting, kerana akan mengenali pemikiran dan kehendak, keperluan dan perasaan masing masing.

23. Tiap hari aku akan mengucapkan "I love you papa, no matter wat u are, and anything just tell me."

24. Beliau lah bapa dan beliau lah ibu.

25. Selamat Hari Lahir yang ke 52, papa

1 comment:

Ulam Kerdas said...

terharu dan menyentuh perasaan..:)

kim salam kat papa ko:)

semoga panjang umur..