August 25, 2009

Ramadhan Resipe : Puding Caramel

Kalau kat Param nak beli puding caramel sepotong leh cecah paling murah rm 1.00 paling mahal rm2.50. Bende bende manis nie amat digemari sebagai pemanis semasa berbuka puasa. Kalau yang mana agak agak sepotong tu tak cukup, hehe baik time time cuti wikend buat sendiri. Melantak sepuas hati hehe.

Puding
5 biji telur
1 tin susu cair
4 camca gula
2 camca vanilla essence

Caramel:
5 camca sugar
2 camca water

1. Mula mula kte masak bahan bahan caramel kte atas frying pan ke aper ke yang sesuai diatas api yang slow. Sampai kelihatan brown atau erti kate lain kaler kaler perang gtu.

2. Lepas dah perang letakkan dalam dulang atau bekas yer. Biarkan sejuk

3. Pecahkan telur dalam bekas, kacau sehenti telur kuning pecah *JANGAN SAMPAI BERBUIH.

4. Masukkan esen vanila dan gula dalam telur yang kacau tadi. Kacau dengan telur sehingga sebati.

5. Masak susu cair itu dengan api yang sederhana. *JANGAN SAMPAI BERBUIH atau erti kata dah nak geledak sgt dah.

6. Agak agak susu cair tu dah panas tuangkan susu cair dalam bekas (telur + asen vanila). Kacau sampai serata. *JANGAN SAMPAI BERBUIH

7. Tuang kan bekas (susu cair + telur + asen vanila) ke dalam dulang yang ada caramel ATAU
tuangkan bekas (susu cair + telur + asen vanila) ke dalam dulang (takde caramel)

8. Masukkan ke dalam oven 150 celcius dalam masa 15 minute (average) ATAU kukus mengunakan pengukus.

9. Sekiranya anda memasukkan bekas (susu cair + telur + asen vanila) ke dalam dulang (takde caramel). Anda boleh tuangkan caramel anda selepas puding anda masak.

Tips: Kalau nak puding caramel yang tak manis sgt, sila kurangkan gula. Mengikut kehendak masing masing. Dan sesapa hendak mengurangkan bau telur yang henyir, banyakkan susu cair kurangkan telur.



Puding Caramel yang bakar dalam oven. Bahagian atas tak selembik sgt.

Puding caramel yang kukus, bentuk menarik, ini kurang telur (bau telur pn tak hanyir sgt).

Puding caramel yang kukus, bentuk tak berapa menarik sebab masa kacau bahan bahan sampai berbuih.

2 comments:

Unknown said...

thankz for the recipe and tips... its really help... :P

Unknown said...

trimakasih atas resepi & tpis kamu.. really help me... :p