September 11, 2009

Ramadhan Resipe II : Ayam (Chicken) Rose Mary

Lama gile tak update blog, actually ada gak cerita nak share. Tapi pikir pikir balik topic tu mcm tak sesuai, and ada gak yang nak cerita tapi belom sampai masanya.

Sejak menjak bulan puasa, kol 5.30 je on time aku ada kat door tunggu nak "tit" card je kat sensor di pintu keluar. Lunch hour either aku window shopping atau tertido kat atas meja, ehh kepala je ke meja. Memang betol la, masuk je bulan puasa aku jadi tak productive. Mengantuk amat, excited balik awal. Memang attitude tak senonoh langsung. Kerja tetap habiskan, jgn pending pending.

Aku keje as a Business Analyst, testing, test script, test case itu keje keje aku. Tiap tiap hari aku mengadap word, excel, power point .... document sampai rase nak muak pn ada, mmg beza gile dengan previously job. Aku start keje since April lepas, and Probation period di company aku nie ialah 6 months. Mule mule dgr, mcm seksa je sbb nak tunggu lama probation period habis. Tp ramai org bgtau mmg standard companies letak 6 months probation period, and Alhamdulliah, berita baik i get my confirmation awal bulan August lepas, based on my performance. Aku pun tak tau evaluation aku dpt baper as i dint go tru the appraisal interview (suppose ada appraisal interview tuk confirmation), tetiba je team leader bgtau manager confirmkan aku. Syukur.


Ayam (Chicken) Rose Mary
1. Rose mary (Serbuk / daun) - boleh didapati dalam botol kecil di pasaraya
2. Minyak olive (Kalau boleh gune olive oil, beli botol kecil je paling kecil harga 6.00-8.00)
3. Ayam ( bahagian dada, atau ayam yang dibuang tulangnya)
4. Lemon (2 biji)

Side:
1. Brocoli
2. Carrot (ehmm malayu panggil ape eh, lupe ler)
3. Mash potato

Cara- cara memasak ayam rose mary
1. Cuci ayam ayam sehingga bersih, lumurkan olive oil dengan ayam.
2. taburkan rose mary (Serbuk/daun) sama rata pada ayam yang dilumurkan dengan olive oil.
3. Panas kan frying pan dengan api sederhana. Jangan letak minyak masak atau olive oil.
4. kalau boleh potong sedikit isi ayam. Jangan potong sampai habis. Ia hanya untuk cepat masak.
5. Masukan ayam ke frying pan yang panas tuk. Dan gril sampai ayam masak. Jangan letak minyak masak atau olive oil semasa grill tu.
6. Angkat ayam dan letak di atas pinggan setelah isi dah masak.

Olive oil membuatkan isi ayam tu senang dimasak, erti lain cepat masak laa.. alaa fail betol kalo bab bab explain.

Cara cara memasak side dishes
1. Rebut brocoli dan carrot sampai lembut.
2. Mash potato : Buang kulit atau tidak ( terpulang pada korang). Rebus potato hingga lembut, pastu lenyekkan potato dan tambah skit black paper dalam potato yang mash tu.




1 comment:

xeea said...

lobak la weh!

neway, harus cuba nih.
huu