February 22, 2010

Broga Hill

Disebabkan diri sendiri sudah penat, otak tepu. I need break, and air. Bukan aiyaq ye…..Oleh kerana seseorang itew, telah membeli D90, makan sesi petik memetik dijalankan. Broga Hill yang disebut sebut jadi tempat petik memetik bagi matahari terbit.

Bertolak sesudah subuh, berbekalkan 2 botol air besaq, sebekal penuh sandwich. Masing masing takda idea jalan ke Broga Hill. Ha sudah, tak sempat la matahari terbit. Nak taknak guna la Iphone cari jalan ke Broga Hill nasib baik sampai. Kalao tidak balik sambung tidor. Hahahhah.

Sepagi subuh yang dingin, sebelum naik layan dulu nasi lemak, roti canai telur dan teh tarik.


Mari mulakan perjalanan ke puncak Broga Hill. Aku nie dah la semput kalao naik bukit, Bukit beruang pun aku tak lepas ke atas, apatah lagi Broga Hill. Nak taknak kena naik jugak. Penat nak mampus. Perjalanan ke atas amat lah curam gile. Semua jalan hutan, tak ada jalan tar. Dah la curam, berpasir plak tuer.



Ada banyak peak stop, sebelum sampai ke peak stop yang paling atas. Peak stop yang ke 3 leh nampak KLCC, huhuhu. Elok elok je sampai peak stop pertama, matahari terbit. Ingatkan takde orang. Mak ai ramai gile orang di atas, ada bercamping, ada yang group sesi petik memetik jugak, ada yang sambut besdae sib bawak cheese cake tuer, nasib baik tak kemek.



Setelah sesi petik memetik, sesi menurun dari Broga Hill pulak. Ku ingat naik susah, turun senang, padahal turun susah dari naik. Masa nak turun, punya la susah. Kalau silap langkah alamat ye terjun la gaung. Hahahaha. Kalau gaung tu ada tilam bawah jatuh tak mati takpe, ini batu besar besar. Aku dah beberapa kali tergelincir, nak je mengelongsor turun ke bawah.



1 comment:

Ulam Kerdas said...

Broga Hill kat ner wei?