February 24, 2010

The expected and unexpected trip on Monday.

Letih kerja, belom habis. Penat memanjat Broga Hill belom habis lagi. Trip ke Banting tetap ON. Seawal subuh bertolak ke Banting. Gile ke apa, perjalanan ke Banting hanya 1 jam setengah, tp bertolak selepas subuh. Tidor tak cukup tu tak usah kira. Mata pun merah. Disebabkan excited nak keluar dari KL, tidur je la dalam kereta.

Perjalanan ke Banting, berhenti membeli breakfast.


Banting arrived. Masuk ke ladang kelapa sawit sesi petik-memetik.


Masuk sahaja pukul 11.00 pagi, cuaca panas gile, air kat pantai klenang pun surut. Ehhh ada kena mengena tak ngan air surut? Aku pun main tibai je.

Oleh sebab, aku tertdo masa geng lakis ke pantai Klenang, maka unexpected trip ke PD diadakan. Tapi, sampai sahaja PD dah pukul 630. Tak ada pepe aktiviti yang boleh dilakukan. Apa lagi Jom ke Melaka.

Kalau Broga Hill tengok matahari terbit, di Pengkalan Balak tengok matahari terbenam.

Sudah 3 tahun, aku tak menjejak ke Melaka. Melaka sedikit sebanyak berubah, nasib baik aku masih kenal jalan. Dlu tepi sepanjang jalan Pantai Klebang leh nampak laut, la nieh ada benteng. Disebabkan sampai di Bandar Melaka pukul 10.00 malam, tak dapat nak merasa Menara Taming Sari, A Famosa , cheh macam tak pernah pergi.

Sesi petik memetik di Bangunan Merah.

Penat tu tak usah kira. Penat nak mampus. Pukul 12.00 malam baru teringat nak makan. Apa lagi perkena Asam Pedas Power. Sampai meleleh dan berpeluh sambil makan.


Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur bermula pukul 1.00 pagi. Aku hanya dapat drive dari Ayer keroh ke Senawang je, mata tak larat nak bukak. Sebelum aku langgar buntot lori minyak baik tukar driver. Pejam mata terus tak celik celik. Tup tup sampai rumah.

No comments: