February 3, 2010

Lama.

Gunung Daik Bercabang Tiga.
Rumah Terbakar Nampak Asap.

Wassup! Wassup!....

Wah gtu ko, pepagi dah kasi 3 kerat pantun yang hentah hape hape. Lama sungguh ha..aku tak hapdate blog. Rumah tu tinggal nak masukkan streamxy je, bile entah leh masukkan. Payah gak bile korie dah start keje sama ngan office hour. Takde siapa kat rumah. Ar ceh blame korie plak. Nak tak nak dpt surfing masa lepak kat steven's corner je.

Sony MP3 player, barang hantaran aku hilang masa workout di gym. Tetiba tengah mandi je, ehhh mana aku campak mp3 aku ar. Haih tak sampai 2 bulan dah hilang. Memang tak jumpe la kalo hilang kat gym. Alamat ye kena la aku beli sendiri plak kali nie. Tak dapat Ipod, Ipod look alike pun jadi. Hak hak hak, taknak la ipod look alike, nak yang mickey mouse tu. Sadis sadis. Aku dapat rasakan, jodoh aku ngan mp3 pun tak lama. 1st mp3, tak leh pakai, getah pun dah melekit lekit, lagi satu takde FM. 2nd mp3, atong wat rosak. Nie alang alang takde mp3 nie, nak claim balik mp3 dulu. Hak hak hak. 3rd mp3, hilang kat gym. Haih. kukeciwa nyah.....

Harinie dalam sejarah, aku takde suara. Suara dengarkan lah aku, kembalikan suaraku yang merdu. Hak hak hak. Alasan aku g melalak di karaoke semalam. Budget nak tonton Adnan Sempit, hambik ko tiket 15.00, tak kuasa aku nak bayar tiket memahal tengok cerita melayu, sebab aku rasa tak berbaloi dengan 15.00 itulah. Kalau 10.00 tu acceptable lagi. End up, melalak di karaoke. 1st time aku masuk karaoke. Mula mula shy shy cat la, picthing lari, lirik tak ikut musik pun ade. Nyanyi lagu Agnes Monica - matahariku pun tak sampai pitching, last-last lagu Westlife dan Boyzone hak hak hak. When u said nothing at all~.

Alahai, malasnya aku nak start keje pagi ini. Dah la aku tak bangun berkerja pukul 5.00 pagi, alang alang korie cakap tak usah bangun tolong dia.Kesihan korie, tp aku tidor tidor ayam jela, terdengar suara aiman yang meow meow nak makan, pong pang pong pang korie buat kerja di dapur, bukak tutup peti ais. Then lepas subuh die pun rebah dengan seluar jeans die. Owh...die dah submit sandwich ke kedai. Maka bangun lah aku membawa diri ke toilet, sebelum itu kena uruskan makan, minum dan berak aiman. Hak hak hak. Kalinie best skit, aiman dah kena cucuk supaya bulu dia tak gugur.

1 comment:

Hantu Ulam said...

hahaha..guane gaya mung nye pantun tu mek..ahaha