March 31, 2010

Hot Ballon Putrajaya.

Ini buat kali kedua Hot Ballon di Putrajaya dianjurkan oleh...erk..aku pun tak tau siapa tapi ini baru pertama kali buat aku. Acara Hot Ballon di Putrajaya berlangsung selama 4 hari sejak Khamis sehingga Ahad. In conjuction dengan school holiday, ramai ibu-bapa membawa anak anak, sedara mara, sepupu sepapat turun padang di Putrajaya melihat hot hot ballon yang cute miut dan pelbagai bentuk rupa yang tertarik menarik memang debom. Hak hak



Plan pada asal, dengan semangat ingin kesana selepas subuh, takut parking takde, tambahan hot ballon dibukak untuk photogpahy sampai pukul 830 pagi sahaja (Mengikut Itinerary dieorg la). Tapi, bangun bangun sudah pukul 645, goleng goleng sekejub, bersiap tengok Astro Ria, Prima. Tengok cuaca macam nak hujan, korie plak sambung tidur. Macam pukul 8 baru bertolak dari rumah. Alang alang lewat, perkena dahulu nasi lemak di pagi nan mendung, suasuna gerai nasi lemak yang sunyi dan sepi jauh dari jalan utama. Maka tak bising, enjoy menunggu cik -peah bersiap sambil makan nasi lemak, membaca paper, gossip gossip. Pukul 9 baru bertolak dari Ampang.
Sampai di Putrajaya, cuaca amat panas menterik. Pening pala, ditambah dengan habuk habuk di kawasan gerai gerai stall menjual air, makanan, pakaian dan etc. Selain dari aktiviti Hot Ballon. Aktiviti seperti Go Kart, Big Ball, Cycle, Fly Flight (3D), dan jugak mat mat salleh menyanyi di pentas, dengan suara pelat berbahasa melayu. Tapi cuaca panas amat tak selasa bagi aku, melekit -lekit, dan menyilau mata.

Sekejub sahaja berada di Hot Ballon, pukul 11 pagi dah nak beranjak, lagipun last day macam takde apa yang happening sangat. Dapat naik kereta merupakan benda yang nikmat gile, dapat menikmati rasa aircond.

Diakhiri dengan

No comments: