April 20, 2010

Blast Weekend

Keluar dari KL is i wanted so much!. Dapat keluar dekat pun takpe, PD k, perak ke, pahang ke, Dah ok for me.

Tapi kali nie jauh perjalan, luas pandangan.

Heading to north. Pulang ke kampung, seriously lama sungguh tak pulang.
Kalini pulang bersama adik ipar yang rock habis!.

Bertolak selepas pulang dari keje,kelam kabut kemas pakaian, basuh baju kotor, kemas dapur, buang sampah, kemas rumah supaya senang pulang je dari kampung tak semak rumah.

3 hari 2 malam memang tak cukup. Mana taknya duduk rumah mak mentua bukan buat apa, setakat masak tengahari, malam. Itu pun hanya tolong ipar duai je. Sarapan pagi bapak mentua keluar belikan. Penyapu lagilah aku tak sentuh, adik ipar yang jadi mangsa, yang aku buat tidur selepas sarapan pagi. (Menyorok belakang pintu) Malu plak aku.

Cuaca di kampung amat la panas, maybe musim panas kat Kedah time tu. Aiman yang berkampung di tingkat atas pun turun bawah tidur atas simen, tidur depan bilik air. Time pulang, aiman dapat dok dalam aircond tidur dari Kedah sampai ke Shah Alam, syukur nikmat dapat aircond ke hape, atau letih sebab lari dari kena kejar itik di kampung. Hak hak hak.

Barang basah di kampung teramat murah dan fresh. Satu kilo ikan baru rm4.00-rm6.00. Cube beli kat pasar Keramat, RM11.00 untuk 7 ekor ikan kembung halus. Halus tuer. errrr!!!...Apalagi borong sakan ketam, udang, barang barang dapur kuali, peeler, sudip yang berharga 3 -RM15.00. Wow!, baik punyer.

Benda paling mengeliat ialah pulang ke KL. Amat tak best!, dan boring memikirkan kerja sedang menunggu, tapi nak buat macam mana cari rezeki.

Sawah - Bendang

Melawat kebun getah pak mentua

Sawah - Bendang

Telur Gondang

Rilexing memikirkan masa depan.

No comments: