April 24, 2010

Tupai Tupai

Bak kata pepatahan, setinggi mana tupai melompat akhirnya jatuh ketanah. Bermaksud, buat jahat macamana pun, akhirnya kena tangkap jua. Hak hak sorry guys, aku main taram je.

Kalau dahulu, setiap kali naik bus datang ke KL, mesti melalui jalan besar depan Restaurant Tupai-tupai, tengok macam best je kan. Ditambah pulak pernah masuk jalan-jalan cari makan waktu itu. Aper lagi keinginan melonjak naik. Tapi kejub je, lepas itu turun balik, sebab tak tahu bila agaknya nak enjoy di sana. Time bulan puasa je penuh reservation. Alahai boring nye.

Hinggalah bertahun lamanya, simpan je hasrat ke situ. Eleh...ape best tupai tupai...Nak dijadikan cerita, selepas dari Taman Kepong Layang Layang singgahlah Tupai Tupai dinner.

Environment biasa, berlantaikan papan, berdindingkan papan, dan dikelilingi dengan tupai tupai.

Waktu dinner, Tupai-tupai menyediakan 2 jenis pilihan. Buffet atau Ala-carte. Comment aku buffet tidak menepati selera aku, macam agak tak berbaloi je buffet disitu, tapi aku suggest kalao nak Ramadhan buffet silalah singgah di Nailis Sentul. Amat meletop dan berbaloi dengan harga.

Pilihan kami ialah Ala carte.


Dessert disitu amat terhad terlalu simple and trifle taste so so. Aku suggest, tuan kedai perlu rombakan menu untuk dessert. Waiter haruslah paham bahasa melayu, training patut dikasi. Haruslah ada supervisor yang memantau customer yang makan.

No comments: