April 5, 2010

Busuk Belacan.

Kami, suami isteri berkerja. Nasib menyebelahi korie kali ini, die berkerja shift pagi sahaja, paling lewat sampai pukul 9 malam sekiranya ada OT.

Seperti biasa, kami berdua pulang kerja pukul 5.00-5.30 petang. Kalau korie sampai di rumah awal, dielah yang masak dahulu. Selalunya dia yang sampai dahulu, sebab aku kerja di Damansara. Kalau aku sampai di rumah awal, akulah masak lauk + nasi dahulu.

Bab masak - memasak aku tak expert sangat, aku masih belajar dari korie. Mula-mula kahwin dahulu, korie request satu lauk ada kuah, satu lauk kering. Tapi aku prefer lauk kering je, payah aku nak pikir macamana nak buat lauk basah (berkuah). Ada kalanya, lauk aku tawar, ada kalanya terlebih masin, kuah terlebeh cair. Korie pun start lecturing aku.

Orang tua cakap, cara nak ikat suami dengan masakan air tangan isteri. Tapi korie pulak lebih expert dalam masakan dari aku, jadi siapa ikat siapa? Tapi ada satu cara yang aku ikat korie sampai dia request tiap tiap malam nak.

Jeng jeng jeng....







Sambal Belacan. Yerp, tiap tiap malam korie suruh aku tumbuk sambal belacan, katanya sedap. Yeke sayang?

Cara-cara
1. Cili padi merah & Hijau
2. Garam
3. Limau nipis
4. Belacan

Tumbuk semua bahan guna lesung batu sehingga separa hancur atau hancur (lumat). Tapi yang paling penting tumbuh dengan penuh kasih sayang.