August 28, 2010

Bread butter pudding / Pudding Roti

Disebabkan puding puding di PARAM kekadang mahal atau silap silap tak sedap. Maka husband pun buatlah puding roti agar aku dapat makan dengan sepuas puasnya.

Bahan - Bahan

1. Roti sandwich
2. Susu segar / fresh milk
3. Butter / majerin
4. Telur
5. Epal @ Kismis @ Kurma ( Yang dicincang untuk menyelerakan puding roti).
6. Gula secukup manis (kalau takda gula pun takpa sbb fruit yang letak dah manis)

Cara cara membuat nya
1. Semangkuk air sejuk, rendamkan roti dalam air sejuk selama 5 saat (agar kembang sekejap).
2. Kepal atau guna tangan kepik kan roti itu, agar air itu keluar dari roti (Erkk korang paham ke tak ayat ini?.)
3. loyang disapu dengan butter. Letakkan roti yang telah ditos/dikepal air nya kedalam loyang.
4. Bahan B : Pukul telur, susu fresh milk, butter (yang telah dicairkan) dan gula.
5. Seelok nya, selepas membuat selapis roti, tuangkan Bahan B dan taburkan buah buahan.
6. Akhir sekali, Bahan B haruslah melebehi sedikit paras roti dalam loyang.
7. Bakar atau kukus selama 1 jam.
8. Enak dihidang dengan cream/ice cream.

Selamat mencuba.

Photo not available disebabkan kepantasan tangan jurugambar mendelete gambar dalam hardisck.

No comments: