August 29, 2010

Hadiah Hari Ibu 2010

Period aku patut datang pada 1st May. Tapi maybe sebab aktiviti atau pemakanan period aku lewat 1 hari, tapi aku buat dek je ! Sempat bermain jet ski, kayak sampai jatuh pusing 360 darjah tengah laut cina selatan tu. Lasak jugak.

Selepas 7 hari aku hairan kenapa aku lasak masih tak keluar darah? dengan itu aku beli test kit di Guardian dan membuat testing di toilet office. Hak hak hak. Terang terang 2 line keluar dengan pantas. Happy and speechless ! Malam pergi klinik untuk buat confirmation.

Semasa 1st pregnancy, Perangai aku ialah Pemalas. Aku malas gila. Malas tahap tahap malas, sekarang ini ada la improvement rajin sana sini.

- Semua perkara aku tak suka ambil tahu, yang penting tidur, tidur, tidur. Nak cakap letih tidak. Nak cakap penat tidak. Nak cakap kuat kerja tidak jugak.

- MC dan annual leave sana sini, kalau boleh taknak kerja. Pagi-pagi nak tidur sahaja. Tengahari tidur di meja kerja. Kalau dahulu malam boleh lepak dengan kawan kawan. Sekarang taknak sebab pukul 10 dah masuk bilik guling guling.

- Tak ada alahan. Tak ada morning sickness. Tak ada bau yang mengelikan hidung. Tapi kepekaan terhadap bau amat sensitive. Cepat berbau yang mana busuk, seperti mulut orang, orang tak mandi(yang mana tak mandi pagi), bau sampah sarap.

- Tapi ada sekali, terlewat makan 2 jam. Dengan itu setiap kali makan muntah semula. Angin dah masuk perut. Ka-si-han baby. Tak sempat dia nak jamah. Lepas kejadian tu husband pun pantau makan on time.

- Teramat suka minum ais; siang malam ice cream, minuman ais, dengan itu menetap sementara di Pantai Ampang selama 6 hari 5 malam.


- Malas berjalan jalan. Malas keluar dari rumah. Kalau boleh nak memerap je dalam bilik. Tidur.

- Hanya makan masakan husband. :). Terima kasih segalanya.

1 comment:

[ Hanie ] said...

hee agak samela kite along. malasss sgt2 mase awal2 pregnant, nak pegi keje tu, adoii berzaman nyerrr hehe. tp takde alah ape2 pu, tu yg best :D