October 21, 2010

Sudah berkurun

Sudah berkurun aku tak update blog aku. Alasan tetap sama. M.A.L.A.S. hak hak hak.

Alhumdulliah Bulan puasa aku harungi dengan lancar sahaja. Mana tidaknye pergi kerja pukul 9 keluar pukul 4. Baik punye employee kan, ditambah pulak client site yang dekat aje dengan rumah. Best tak terkira!.

Raya 2010, 1st time aku beraya sebagai status isteri, menantu dan mummy to be. Seronok memang ada sebab ada keluarga sendiri ditambah pulak tengah mengandung, g rumah mak mentua pun dapat kelebehan duduk rilex rilex. Heeh. Sebelum raya aritu ada pergi monthly checkup, check berat badan naik 1.3kg dalam masa 2 bulan sbb bulan sebelum tu takde monthly checkup doktor pergi umrah. Selepas raya sebulan buat monthly checkup ha amik ko naik 5.3kg. Doktor pun terkejut. Penangan rumah terbuka raya la nieh. Kebanyakkan rumah terbuka dari member member korie, makanan meletop habis, sehari leh cecah 3 bijik rumah ditambah pulak kenduri kawen sana sini. Merasa la berat badan naik mendadak. Sekarang ni dalam process penurunan balik, ketidak muke doktor kelat je pandang aku. Nasib masih baik baju kebanyakkan dan baju kurung masih boleh dipakai dan jugak seluar. Ada jugak aku rembat jeans korie dan baju dia, asalkan cutting tak lari. hahaha.

Kalau orang mengandung mengalami alasan berlainan pada setiap trimester. Aku pulak tidak mengalami alasan. Dimana semua makan boleh tibai sebaik mungkin, dan tidak mengalami alasan yang teruk dari segi fizikal mahupun mental (tapi perubahan fizikal dari nice to see ke bolat, hak hak hak). Berdoa agar sampai bersalin aku tetap aku.

Itu cerita raya dan lepas raya. Cerita sekarang aku telah selama pregnent 7 bulan genap minggu nie 28 minggu. Boleh dikatakan setiap hari aku merasa baby main rope skipping dalam tummy. Setiap malam atau pagi korie akan bercakap dengan baby bertanyakan khabar. Bukan setakat itu, korie selalu geletek tummy aku dan merasa la tendang kuat baby di dinding perut kekadang lama tendangannya. Kalau orang lain maybe bile papa to be letak tangan je baby akan senyap. Lain pulak baby aku, time korie letak tangan je makin suke die tendang atau burp dalam tummy.

Kurang dari 100 hari, aku akan bersalin. Cuak, takut, risau semua ada ditambah pulak pengalaman dari rakan-rakan sekeliling membuatkan lagi ketidak tenteram. Kerana aku bukan sempurna dari semua segi. Aku berusaha buat yang terbaik sedaya upaya :).

No comments: