November 11, 2010

Alergik

Sejak menjak kena gigit di Anggas masa photoshoot di Morit aritu. Badan aku dah mcm tempat tinggal kurap pulak.

Minta ubat ngan doktor. Tiada ubat untuk ini la.
Minta suntik bla bla bla. Tiada suntikan untuk ini la.
Kasi calamine. pun tak jalan
Kasi minyak gamat, pun tak jalan
Kasi bedak alken, pun tak jalan
Kasi tempek bedak sejuk, pun tak jalan.

Geram gila aku tengok lengan dan kaki aku. Tapi hentam je la pakai short sleeves pun ngan suar pendek. Malas aku nak ambil port segan ke tidak kuar rumah.

Aku ingatkan kulit aku ngan korie tidak sensitive sangat dengan anggas ini, kerana 3 orang member aku telah menunjukkan positive gigitan anggas dalam masa 24 jam. Sampaikan ada orang tegur kena denggi ka! Sambil dok mengutuk dieorg yang kulit orang bandar tak tahan, tup tup lepas seminggu aku ngan korie kena. Sungguh seksa tahap maximum. Tidur malam tak lena, keja tak sempurna, masa drive pun sblah kaki leh angkat sbb gatal tahap tahap maximum. Nak tak nak mengaru adalah nikmat yang best bila kegatalan melanda. Nak amik sampaikan bengkak tempat gigitan tu.

Sekarang nie merasa la bekas bekas parut parut luka akibat gigitan anggas. Lagi satu, tu sbb aku tak suka pantai pantai yang area PD, MORIT, banting ke apa ke. Air kotor + Anggas yang banyak.

No comments: