November 10, 2010

Tabiat Shopping

Bab bab shopping sila bagi piala ke Korie, kerana dia paling suka shopping dari aku. Aku nie walaupun anak tunggal (Motif? sbb orang selalu ckp anak tunggal apa nak semua dapat) tapi aku jarang nak perabiskan duit semata mata shopping. Aku beringat orangnye. ~Sila puji.

Sejak aku kawen, aku perasan antara mak mentua aku ngan ayah mentua aku, ayah mentua aku boros!.Btol tak ayah? hahaha. Pergi pasar malam kalau ada 50.00 note boleh habiskan dalam sekelip mata. Macam - macam ayah mentua aku beli. Makan ke tidak lain cerita, sebab die tahu ada orang dalam rumah memang suka mentekedarah tapi tetap selim melim.

Oleh itu, maka menurun ke perangai Korie di mana kalau singgah mana mana kedai, tidak kisah la die masuk kedai serbanika ke, pakaian ke (Nie mmg confirm kalo p mana mana shopping complex), cash and carry shop (apa yang dia minat dalam kedai nie aku pn tak tau). Confirm mesti ada bende yang terlekat, tak pun gatai tangan nak beli. Selalu kalau die gatal tangan nak habiskan duit dalam wallet die akan pancing aku dahulu. "Sayang, sayang nak tak yang ini. Ok kan? abg beli tuk sayang nak?"......hurm dah agak dah dia tengah tak tau nak beli ape (last sekali terperap dalam store gak bang, kalao bang perasan la. hak hak hak), tapi still gatai tangan nak membeli. Even barang tu harga 2.00 pun die gatai jugak tangan nak bayar.

Dengan itu segala Kad ATM, kad credit, aku yang pegang, takpun aku sorok kat memena dalam rumah kecuali time time nak pergi bershopping berdua, alasan aku ada tepi sempat menghalang daripada terjebak. Kalau dalam wallet die ada segala mak nenek kad, kalao die g merayap sorang confirm aku akan dpt call seperti nie "Sayang, td abg lalu kedai bla bla bla, lawa jeans/shirt/jacket/lens/flash/beg kamera.... abg rasa nak beli la ok tak? " bukan rasa itu dah, confirm dah gatai tangan pastu balik rumah tidur malam tidak lena." Mengalah perempuan yang nak shopping tapi gagal di siang hari.Haritu, tetiba dia buang tebiat die listkan wish list die untuk dibeli 2010/11. Kalah wish list aku!.

Tension jugak kalau aku bershopping dengan korie. Die lebeh cerewet dari aku. Pengalaman aku pernah sentap ngan dia di kedai Swatch KLCC. Last last aku keluar tinggal dia dalam kedai, malas aku nak layan takde mood nak beli. Puncanya apa yang aku pilih die cakap tak sesuai. Aku nie jenis nak jam funky funky ala ala special untuk pemakai jem. Masalah semua yang aku pilih die reject, dekat sejam dalam kedai tu nasib baik promoter die sanggup layan. Kalao aku hencek ngan puan pergi buat jam sendiri la senang.

Sekarang nie, aku jadi lali ngan korie. Segala mak nenek dalam rumah, pakaian aku, maternity aku, barang baby kasi dia yang pilih bentuk ke, corak ke, warna ke, cutting ke terpulang pada dia. Kang aku pilih tak pasal pasal aku tengok muka die berkerut je dahi sebab tak terkeluar la perkataan "tak sesuai" dengan aku. Oleh itu, sayang nie ikut aje mana mana pung. Hak hak hak.

No comments: