November 4, 2010

Sekiranya itu betul, alamatnya habis la aku.

Sepanjang pregnent aku, aku menangis alots. Seriously alots, air mata senang jatuh berguguran. Korie selalu pujuk supaya aku berhenti nangis sampai satu tahap aku takleh nafas kerana hidung sumbat teramat. Nafas guna mulut je, mata bengkak dan merah.

Kalau silap sikit, tak kena tengking pun, tak kena pukul pun. Hati cepat sensitive, makan nasi pun bergelenang air mata. Selepas itu masuk bilik pakaian, tengok barang baby bertambah sayu. Macam macam pikir. Blerrrrr...!!!

Selain daripada menangis, aku tak penyabar. Bila seseorang itu tidak penyabar maka aku cepat naik marah. Bagi aku, bende kecil tidak usah la nak dipanjang panjang, nak buat cerita lebar lebar aku rasa jadi kusut je kalau bende kecil pun tak reti nak settle. Tapi bile korie bertukar menjadi tidak penyabar, aku pulak menjadi penyabar. Pelik, automatik akan cool down.

Orang cakap, perangai kakaks, maks, makciks, semasa mengandung akan diwarisi oleh anak. Erk! kalau begitu habislah aku.

Baby, mumy taknak baby ikut perangai mumy tau. Kuat nangis, cengih, tidak penyabar. Mumy harap baby baik dan dengar cakap mumy dady.

No comments: