November 30, 2010

Kudrat.

Kelmarin, aku ponteng kerja buat kali kedua dalam bulan 11, akibat teramat letih mengikut korie ke melaka selama 2 hari satu malam. Walaupun tidak buat apa-apa. makan dan tidur. Tapi badan amatlah letih, penat sekali. Sampaikan kaki dan tangan bengkak bulat terlebeh dari sedia kala.

Ikutkan hati nak sangat pergi kerja, bila alarm berbunyi mak ai kepala berat gila. Hamek tidur sampai pukul 12.00 tengahari. Korie pun sudah sedia maklum yang bini dia memang penat. Pagi makan kueh bahulu berbiji biji semata mata nak kasi kenyang amik inheler, seretide then pengsan sampai tengahari, lunch pun korie tapau dari luar. Lepas aje lunch, tidur sampailah ke petang. Walaupun ada call masuk, aku buat bodoh je. Aiman plak lebeh lebeh mengiau macamlah dia nak jawab telephone.

Petang, gagah jugak kudrat buat cucur, sebab aku berasa serba salah sangat kalau korie balik dalam keadaan lapar. Nasib baik die memahami, tolong kat dapur sikit sikit.

Semalam, emosi aku jugak terganggu menangis tak henti-henti. Puas korie pujuk, lepas pujuk berhenti kejub, lepastu aku tersedu - sedan menangis kembali. Aku buntu sebenarnya.

1 comment:

Hantu Ulam said...

olololo mak buyung ni terlebey sensitip skang... sabar ye mak, da x lame da baby nak lahir tu..

Anggun pun da x sabar nak tunggu baby tu lahir :)