November 24, 2010

Sepanjang Tahun Pertama

Setahun sudah aku ngan korie melayari bahtera perkhawinan, banyak kami pelajari dari benda basic hinggalah perkara yang complicated. Banyak juga masalah yang kami hadapi, kekadang stress sampaikan aku pikir yang bukan-bukan. Bak kata orang ada jodoh, takkan kemana jua
.

Mula-mula duduk bersama, banyak benda harus dipikir dan harus dibeli untuk memenuhi keperluan kami berdua. Rumah kosong, barang barang semasa zaman bujang berlambak tak terurus,main campak je dulu. Aiman peneman kami bersembang dan bermain. Makan beralaskan tikar duduk di lantai, tilam nipis dari zaman bujang. Alhamduliah, dalam masa sebulan rumah dipenuhi dengan peti ais, mesin basuh, meja makan, tilam empuk, dapur, perkakas dapur, cupboard tv, dan barang barang keperluan yang mana kebanyakan pemberian boss korie, duit ang pau dari member member sekolah, dan pemberian ikhlas dari juju, ed dan ana. Thank you so much. Kami amat hargai.


Disebabkan kami berdua kerja. Maka pembahagian kerja rumah pun ada. Aku basuh baju, korie sidai baju. Aku bagi aiman makan, korie settle bahagian filter aiman. Aku sapu, mop lantai, cuci tandas, korie settlekan tempat tidur kami. Aku masak nasi, hidang lauk, kemas meja, korie masak lauk. Begitulah rutin kami berdua yang diamalkan sehingga kini.


lautan Ombak mana tidak bergelora? aku ngan korie; dua - dua panas baran. Aku dengan cara hidup aku yang payah dengan orang lain. Juju mesti masak dengan perangai aku. Korie dengan cara dia yang kekadang membuat aku tidak senang duduk. Ada kalanya kami berdua taknak mengalah, ada kalanya kami tidak bertegur sapa kerana hati tengah panas. Tapi alhamdulliah, perangai tak senonoh ini makin berkurangan hari demi hari, kami mulai belajar bertolak ansur, melawak mesra, berfikiran terbuka untuk menerima teguran. Dan cuba menjadi air sekiranya salah seorang menjadi api.


Murah rezeki. Selepas 5 bulan duduk bersama, aku diconfirmkan terkena buatan orang. Hubungan aku ngan korie bertambah erat. Kalau boleh nak berkepit je, sampaikan mak mentua cakap


"Aku tengok hapa berdua macam pelakon dalam tv, berkepit kehulur kehilir,manja sana sini."


Pada mulanya, aku risau kot kot korie tidak bersedia yang aku mengandung. Ada kalanya hati aku terguris, air mata mudah mengalir sekiranya ada perkara yang membuatkan aku sedih. Setelah luah segala perasaan, baru aku tahu apa yang korie fikirkan yang sebenarnya. Biasalah, aku suka buat conclusion sendiri. Sekarang, segala barang baby kebanyakan korie yang pilih. Terharu pulak tengok husband sendiri sibuk dok mencari baju baby dengan dikelilingi kakak-kakak, makcik-makcik.


20 November 2010, genaplah setahun perkhawinan ini. Tarikh itu tiada apa apa yang spesel. Hanya ucapan untuk mummy dan usapan untuk baby, kerana hari itu ada 5 kenduri yang wajib dihadiri. Aku hanya lepak dirumah sahaja tunggu lauk dari rumah kenduri hak hak hak, manakala korie dan mentua harus memenuhi kehadiran kenduri sedara mara.


No comments: