November 16, 2010

Selamat Menyambut AildilAdha

Selamat Menyambut AidilAdha to all muslim friends. Tapi diriku masih berada di tempat kerja, dengan mood seperti sedia kala bersurfing net sambil sambil berplanning untuk something special event.

Besok Aidiladha, kalao orang lain confirm merasakan "ala raya biasa biasa je", tapi aku rasa boring gile, selalu balik terengganu mesti happening dari Raya puasa. Kali ini, beraya di KL sunggoh amat dukacita. Bukan tiada cuti, tapi cuti sudah apply lepas raya untuk menghadiri kenduri kawen yang bertubi tubi, bertindan tindan yang wajib dihadiri. Tengok situ ada perkataan wajib, itu pun sudah reject satu kenduri cukur jambul baby Anggun di Kuantan.

Ikutkan hati nak sangat pergi, tapi apakan daya tak dapat nak memenuhi semua kehendak. Bayangkan kalao jumaat kenduri di kuantan, Sabtu di Kedah, Ahad di KL, tak ke terberanak aku dalam kete. Ikut plan ingat naik flight je tapi tgk tgk ticket amat la dukacita dukacita buat kali ke 2 kerana price ialah double. Maka marilah memenuhi kesesakan lalu lintas di highway utara-selatan.

Besok sudah Aidiladha, ikutkan hati nak buat nasi tomato ke, nasi ayam ke, nasi beriani ke, ditambah dengan lemang (ini harus beli), serunding, cake, puding, maka persoalan disini siapa harus buat kerja masak memasak ini? aku kah atau korie kah? Hak hak hak. Balik kerja nanti harap harap la korie cakap

"apa kata besok masak best best."

Hak hak hak, sejuk perut aku mengandungkan The little nie.

No comments: