December 8, 2010

Rindu dan tidak sabar.

Cepat sungguh masa berlalu, ikutkan carta doktor aku sudah menjangkau 35 minggu 3 hari dan berat baby aku ialah 2.67kg. Lagi beberapa hari genaplah 36 minggu aku mengandung. Setiap malam, mengalami kepayahan ketiduran. Sakit pinggul, kaki cramp, kencing tak tentu masa, kepayahan bangun dari duduk di atas lantai, jalan yang amat slow, dan baby kicking yang sangat sangat active waktu aku nak tidur.

Dulu.
Aku selalu cakap, lama lagi aku akan sampai 40 minggu mengandung. Aku patut enjoy my pregnency walaupun masa itu hanya baru 1st trimester. Masuk 2nd trimester aku menanti pulak 1st kicking dari baby. Perasaan pada waktu itu memang tak terkata. Baby kicking membuat aku ngan korie happy gila, lebeh lebeh korie yang tidak sabar melihat babynya lahir sampaikan termimpi mimpi rupa paras baby dalam perut aku.

Sekarang.
Masuk 3rd trimester, aku risau, takut, cuak. Perasaan sensitive semua belengu aku patutnya aku happy sebab aku akan menimang cahaya mata yang aku bawak kehulur kehilir. Aku kuatkan hati, semangat berfikiran positive supaya kelahiran yang bakal menjelma dipermudahkanNya. Sihat walafiat dan cukup sifatnya.

Rindu.
Aku pasti akan rindu kehamilan aku selepas ini.

No comments: