March 20, 2011

Buat pertama kali.

Masuk kerja.

1st day sudah half day mc, disebabkan perut sakit yang amat sampai tarik habis tulang belakang. Sebelum itu seminggu sebelum sudah mengalami tapi punca disebabkan aku makan mempelam + sambal belacan, pergh marvelous sampaikan dapat injection pain killer. Tapi kali ini lain pulak, breakfast sudah kenyang tapi sakit yang amat. Akhirnya aku berkampung di Pantai Ampang selama 2 hari 1 malam dan punca batu dalam hempedu dan sedikit gastrik. Damn!. Nasib baik korie tak bermula kerja pada minggu ini. Dapat la jugak tengokkan asyraf.

Minggu ke2
Aku dan korie bermula bekerja. Awal pagi lagi sesudah subuh bangun. Seorang kesana seorang kesini bersiap, nasib baik bilik air ada 2, tak perlu menunggu giliran mandi. Bila keluar sahaja nah amik beg baby sahaja ada 3 : Beg baju, Cooler beg susu ibu, Beg botol susu. Ayah baby 1 beg : Beg baju dan bekal air. Mama baby 3 beg : Beg kerja, Beg breast pump, Cooler beg. Penuh sit belakang dengan beg beg dah macam nak pergi berjalan pulak.

1st day menghantar, berlenang air mata aku dan korie. Masuk aje kereta tersedu-sedan mengenangkan baby ditaska. Ayah baby lagi la, elok je pass barang ke teacher terus kelam kabut masuk kereta, takut tak kuat semangat nak pergi kerja. Tapi bende ini harus harungi dengan semangat yang tabah. Sudah seminggu Asyraf di taska, setakat ini semuanya ok, cuma ada kes kes kecil.

No comments: