March 23, 2011

G6PD

Baby Asyraf mempunyai G6PD.

Ia sejenis penyakit darah merah tidak dapat membentuk bulat, darah merah hanya berbentuk seperti sabit. Aku diberitahu penyakit ini ialah keturunan, tapi tak tau diperturunkan dari siapa muahaha. Masa aku pregnent ada buat blood test, pun tidak mengatakan aku ada. Korie pun hanya ada Hemophilia bukan G6PD.

Bila dapat tahu Asyraf ada G6PD, aku dengan korie agak terkejut jugak, takut penyakit ini terlalu kronik atau dalam tahap kritikal. Yela, mula mula dapat berita ini bila baby umur 3 hari. Hati siapa tak sayu kalau baby yang baru lahir ada penyakit.

Setelah menerima keterangan dari doktor apa itu G6PD. Aku pun berpantang dari makan. Antaranya:

1. Makan jamu
2. Herba Cina
3. Kacang Parang (Fava Beans)
4. Ubat gegat
5. Nila

Masa pantang, aku tak sentuh sebarang jamu, sampaikan tok ngurut dan mak mentua pun bising risau aku tak makan jamu semasa pantang. Mujur husband sangat memahami perasaan bini semasa pantang.

Lama kelamaanya, aku dapat menyesuaikan diri dengan pemakanan supaya aku dapat breastfeeding secara exclusive untuk Asyraf. Dan jugak, setiap kali pergi berjumpa doktor aku tetap mengingatkan yang baby Asyraf mempunyai G6PD supaya tidak tersalah langkah.

No comments: