March 25, 2011

Asyraf Iskandar 3 bulan sudah.





26/3, besok Asyraf berusia 3 bulan.

Masa cepat berlalu. Kalau Asyraf sudah menjangkau usia 3 bulan. 3 bulan Asyraf berada didunia, dalam masa 3 bulan dia mempelajari hidup didunia, dalam masa 3 bulan mama dan ayah mempelajari cara cara handle baby dan hidup bertiga. 2 perkataan dari aku Bukan Senang!. muahahah.

Syukur setakat ini Asyraf breastfeeding, ada jugak guna susu formula di saat saat genting sepertimana aku berada di hospital. Setiap pagi aku akan menyusu Asyraf sebelum hantar ke nursery. Aku akan bekalkan 5 botol susu sebanyak 3 0z setiap satu botol, dan habis kesemua. Kalau amik Asyraf awal mungkin guna dalam 4 botol sahaja.

Kalau dahulu, korie lihat baby kecil tak tembam. Sekarang sudah berat nak dukung pun pikir 2, 3 kali. Muahaha. Pipi sudah naik tembam, kaki mengeras bila diangkatkan, kepala mendongak bila meniarap, petah bercakap setiap subuh, suka berexercise membuat sit up, dan bermain air liur bubble.

Seawal seminggu lahir.



3 bulan.

No comments: