April 4, 2011

Susu Ibu



Selama 3 bulan aku breastfeed adek Asyraf.

Permulaan breastfeeding.
Bila lahir je Asyraf, nurse sudah picit breast aku supaya baby dapat merasa susu pertama yang keluar dari breast aku -kolostrum. Dalam hati aku cakap ehh breast aku keluar susu, jakun pun ada. Tapi sakit jugaklah nurse tu picit agar baby aku merasa susu pertama yang keluar.

3 hari 2 malam aku duduk dihospital.Disitulah bermula aku belajar cara cara breastfeeding. Aku jadi binggung bile breastfeeding, tak tahu nak ajar baby latch puting macam mana, tak tau nak pegang baby. Kalau ingatkan balik, memang kesihan gila sebab sampai satu tahap aku menangis bila mata bertembung mata dengan baby disebabkan aku tak reti jadi mama.

Balik rumah pantang lagi stress.Dengan letih, baby asyik bangun lapar, dengan amalan pantang sana sini. Buat aku merasakan pantang itu HARAM tak best!. Pantang makan best sebab aku memang nak kurus, jadi waktu pantanglah aku dapat mengcontrolkan nafsu makan aku.

Dalam pantang mulalah andaikan orang yang sampai ke telinga aku
memacam, puting pendek la, lingkaran arola gelap la, susu tak cukup la, susu tak ada la. Memacam lagi yang datang ke telinga aku lagi membuat aku stress. Niat aku yang nak breastfeeding jadi makin stress, sampaikan satu tahap breast aku bengkak, tuam dengan air panas pun tak jalan, demam sejuk satu badan. Waktu tu, mulala aku topup dengan Susu formula, mengalir air mata aku bila melihat korie yang memberi susu formula. Aku merasakan aku such a loser yang tak dapat memberi yang sedia ada.

Aku melalui hari hari yang stress.Penat berjaga malam setiap 2 jam, pagi harus bangun awal untuk bertungku. Kalau lewat sikit, masam muka orang tua. Dengan sayur tidak dapat merasa sebab cold food, dan jugak soksek soksek menyuruh aku sumbat sahaja susu formula, jika tidak susah nak tungku, dan nak kerja kelak.

Tapi, aku amat syukur mempunyai kak ipar dan korie yang sokong breastfeeding.Kakak ipar aku ajar macamana nak handle baby waktu breastfeeding,kak ipar dan korie bergilir gilir masak sawi dan lobak putih agar aku sentiasa mempunyai susu,walaupun orang tua jeling je mata bila aku mengadap sayur-sayuran. Kak ipar aku menyuruh aku breastfeeding bila aku sedang bertungku.Sebelum itu kalau aku bertungku aku kena topup dengan susu formula. Selain kak ipar aku, kawan baik aku jugak mengajar cara baby latch puting,cara cara handle baby.Dengan sokongan positive, lama-lamanya aku dan korie boleh handle baby dengan nasihat dan petua orang keliling.

Buat bakal-bakal mama, dan mama-mama.Jangan cepat berputus asa untuk breastfeeding.

Breastpump yang aku pakai.


Pandangan aku tehadap Ameda:

1. Baterry dan electric operated. Sesuai untuk travel.
2. Double atau single pump pun boleh. Sesuai untuk aku double pump sebab kalau single pump; sebelah pump, sebelah meleleh macam susu getah.
3. Barang - barang senang dibasuh.

Tapi breastpump bukanlah penentu quantity susu dalam badan.Untuk memastikan susu sentiasa ada aku amalkan:

1. Minuman : Horlick,
2. Snack : Biskut Oat, oat (tambah serbuk milo)
3. Sayur : Lobak putih, Sawi
4. Manisan : Kurma merah + longan kering
5. Jamu : Mustika Ratu; serbuk Bubur Bancar air susu



Dan akhir sekali, pump hingga titisan akhir setiap kali pump susu.

1 comment:

Ulam Kerdas said...

cayalah...

tabik spring..toink toink..